Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Yang Paling Besar di Bumi adalah Hawa Nafsu

Yang paling besar di bumi adalah hawa nafsu

hawa nafsu, bulan ramadhan, bulan syawal

Ya, hawa nafsu adalah yang paling besar dibandingkan dengan lautan di bumi ini. Kita perlu berusaha mengawal hawa nafsu agar tidak membiarkan diri kita terus mengikutnya. Kadang kala memang payah untuk mengendalikannya tetapi kita perlu usahakannya juga agar tidak menyesal di kemudian hari.

Bulan Ramadhan bakal menjelma hanya beberapa hari lagi. Alhamdulillah, insyaAllah kita diizinkanNya untuk bertemu bulan yang penuh barakah itu. Bulan yang mengajar kita menghadapi cabaran dalam kehidupan. Eloklah kita persiapkan diri kita untuk bertemu dengan Ramadhan. 

Apabila berkata tentang bulan Ramadhan, automatik terlintas di fikiran kita dengan bazar yang menjual makanan, Ye tak? ;) Haa..bulan Ramadhan bukanlah bulan untuk kita membazir. Bukan bulan makanan. Nak membeli makanan tu, ikutlah akal jangan ikut nafsu. Kalau ikut nafsu semua jenis makanan nak beli dalam satu hari kan ^_^

Masih berbaki beberapa hari untuk bulan Syaaban berakhir untuk bertemu Ramadhan al-mubarak. Pasti ada yang dah fikir persiapan untuk bulan Syawal kan. Sudah merancang untuk membeli itu dan ini. Tidak salah kita nak meraikan bulan Syawal tapi jangan melebih-lebih kerana mengikut nafsu semata-mata. Nanti kita juga yang rugi :)

Begitulah contoh yang sering berlaku kepada kita. Kesimpulannya, kendalikan hawa nafsu kita dengan sebaiknya, berfikirlah mengikut akal dan tidak mengikut perasaan.


Nak tempah design?


5 ulasan for "Yang Paling Besar di Bumi adalah Hawa Nafsu"

  1. Tanpa Nama12 Jun, 2015

    betul tu,selamat menyambut bulan ramadan al mubarak :-)

    BalasPadam
  2. nafsu saya bergantung pada jumlah duit di poket, duit tebal nafsu pun menebal.bahaya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang tu lagi bahaya! kawallah nafsu anda anda tidak menyesal di kemudian hari. :D

      Padam
  3. subahanallah ! betul tuu

    BalasPadam
  4. sejak da beranak-pinak ni, aida lebih tumpukan kpd keperluan anak2.
    diri sendiri cukup la sepsg baju baru aje.
    and persiapan rumah in shaa Allah :)

    selamat berpuasa dari aida ye :)

    BalasPadam