Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Aku Penghidap Geographic Tongue

Geographic Tongue / Lidah Geografik


Lidah geografik atau dalam bahasa Inggeris adalah Geographic Tongue. Apa itu Lidah geografik ini? Lidah geografik adalah di mana permukaan atas lidah seseorang muncul bentuk seperti peta. Ia juga boleh berlaku di tepi lidah.

Geographic Tongue, Lidah Geografik
Lidah geografik. Ada bentuk macam peta tu kan?
Kredit foto: anneahira

Anda selalu tengok lidah anda tak? Kalau terdapat bentuk seperti peta dan berwarna putih susu, itu adalah lidah geografik.

lidah geografik
Kredit foto: KiddiecareCentre

Teringat pada waktu Mai menjalani satu pemeriksaan gigi. Ketika doktor sedang membuat pemeriksaan gigi, doktor gigi tersebut memberitahu bahawa lidah Mai adalah 'geographic tongue'. Sebelum ini sudah beberapa kali berjumpa dengan doktor gigi tetapi tiada daripada mereka yang memberitahu begitu. Musykil juga. Ingat nak bertanya kepada doktor selepas selesai rawatan tetapi terlupa pula.

Makanya Mai cuba mencari sendiri maklumat berkaitan lidah geografik ini. Sampai saja di rumah, balik dari klinik pergigian, Mai terus menghidupkan laptop dan membuat carian di Google tentang geographic tongue atau lidah geografik ini dan jumpa maklumat ini di WebMD.

Rupanya lidah geografik ini tidaklah bahaya. Lega..... Bukan disebabkan jangkitan atau kanser. Gejala lidah geografi ini adalah terdapatnya bentuk yang tidak tetap, licin dan tompok berwarna merah di atas permukaan lidah. Mengikut sumber, tompok ini mempunyai sempadan putih atau berwarna cerah.

Ia juga berbeza dari segi saiz, bentuk dan warna.  Tompok ini kelihatan di satu kawasan dan kemudian bergerak ke kawasan lain. Ia bertukar dengan cepat dalam masa beberapa hari, minggu atau bulan. Mai pun baru tahu ni. Tak perasan pun keadaan lidah sendiri.

Mai yakin anda pun tidak ambil tahu tentang keadaan lidah masing-masing kan hehe. Anda akan dapat tahu jika doktor gigi memberitahu sendiri tentang perkara itu. Mungkin juga ada ahli keluarga yang lain juga mengalami perkara yang sama. Macam Mai, abah dan adik keempat mengalami Geographic Tongue.

Kira-kira satu dalam 10 orang dengan lidah geografi mungkin mengalami ketidakselesaan ringan atau rasa terbakar atau rasa pedih. Jadi, akan sering sensitif kepada bahan-bahan seperti  panas, pedas atau makanan berasid, asap rokok dan ubat gigi. Ya, Mai sensitif dengan rasa pedas dan makanan berasid.


Punca dan Faktor Risiko Lidah Geografik


Lidah geografik berlaku apabila bahagian-bahagian pada lidah kehilangan lapisan lebam kecil yang dikenali sebagai papila. Papila biasanya meliputi lapisan atas seluruh lidah anda. Mengapa anda kehilangan papila ini dengan lidah geografi? Tiada siapa yang tahu dengan pasti. Mungkin ia disebabkan keturunan juga. Patutlah Mai 'kena' lidah geografik ni. Keadaan lidah ayah Mai juga sama seperti Mai. Tepi lidah Mai siap ada lekuk kecil lagi tu heee.

Apakah rawatan atau penjagaan yang bagus untuk Lidah Geografik?

Berjumpa doktor gigi atau doktor adalah cara terbaik untuk menyingkirkan masalah yang lebih serius. Dalam kebanyakan kes, dia boleh mendiagnosis lidah geografi dari penerangan gejala-gejala yang ada pada anda dan memeriksa anda dari mulut dan lidah.

Dalam kebanyakan kes, sakit atau tidak selesa akan menjadi lebih baik tanpa rawatan. Tetapi jika teruk dan sakit berterusan, ubat-ubatan boleh membantu. Ini adalah contoh-contoh apa yang doktor atau doktor gigi anda tetapkan:

  • Ubat penahan sakit
  • Anti-inflamasi
  • Mulut dicuci dengan anestetik
  • Kortikosteroid (Corticosteroids) digunakan secara langsung pada lidah
  • Makanan tambahan yang mengandungi zink

Jika anda tertanya-tanya tentang langkah-langkah yang boleh diambil untuk melegakan gejala dengan cepat, cuba hadkan bahan-bahan ini atau elakkan terus:

  • Tembakau
  • Panas, pedas, berasid atau makanan atau kering, kacang masin
  • Ubat gigi dengan bahan tambahan, agen pemutihan, atau perisa berat (ubat gigi untuk gigi sensitif adalah pilihan yang lebih baik)

Ooo.. macam itu rupanya Geographic Tongue. Rasa istimewa pula bila lidah sebegini rupa hihi. Semoga tulisan yang dikongsikan ini sedikit sebanyak dapat menjadi panduan bersama.


Nak tempah design?


5 ulasan for "Aku Penghidap Geographic Tongue"

  1. Info yang menarik sebab saya pun baru tahu apa itu geographic tongue..

    BalasPadam
  2. same la sis..cmne skrg?ade ape2 ubat yg dapat menyembuhkan x?

    BalasPadam
  3. bagus info ni... saya first time dengar pasal ni

    BalasPadam
  4. saya pun ade jugak.. awal-awal tu risau jugak.. bile baca2 artikel baru tau. tak rase sakit pun.. saya kerap sgt cuci lidah dengan berus gigi. mungkin salah satu faktor lah.

    BalasPadam