Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

#Cabaran20Hari | Pengalaman Main Mercun Masa Raya

#Cabaran20Hari | Pengalaman Main Mercun Masa Raya


Raya je mesti ada mercun, mercun mesti ada masa raya. Kalau masa raya zaman kanak-kanak, selalunya saya dan sepupu main mercun pada malam raya. Malam raya pertama dan kedua saudara-mara masih di kampung. Jadi memang kami pulun main mercun habis-habisan. 

Mercun papan yang warna merah tu, sepapan dibakar. Meriah betul. Antara jenis mercun yang kami main, mercun papan, mercun padi, mercun mancis, mercun telur ayam, mercun bawang (yang budak-budak selalu main..haha), mercun roket, mercun naga, mercun gasing, bunga api besar berwarna-warni dan ada lagi yang lain, lupa namanya . . . Walaupun kami seronok bermain, namun keselamatan tetap diutamakan.

Suasana pada waktu itu sangat meriah, semua orang gembira. Sekarang ni jarang buat macam tu dah sebab kami pun dah meningkat dewasa. Anak buah pula ramai yang masih kecil. Setakat bermain bunga api je.


#Cabaran20Hari yang lain:

Catat Ulasan for "#Cabaran20Hari | Pengalaman Main Mercun Masa Raya"