Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

#Cabaran20Hari | Pengalaman Pahit Pada Bulan Ramadhan

Pengalaman Pahit Pada Bulan Ramadhan

Memang banyak kenangan pahit dan manis yang dilalui ketika bulan Ramadhan. Bila teringat, tergelak sendirian. Tambah-tambah zaman kanak-kanak. Ada sahaja perkara pelik yang nak dibuat. 

Bercakap tentang kenangan dan pengalaman, ada satu pengalaman pahit yang tidak dapat saya lupakan. Semasa kecil, sewaktu masih kanak-kanak, biasalah bila tibanya Ramadhan sibuk mencari bunga api dan mercun. Itu lagi penting dari puasa. hahahaha. Nama pun kanak-kanak kan. 
Kredit foto: Elements Magazine

Pengalaman pahit yang tak berapa pahit pada bulan Ramadhan

Suatu hari selepas selesai berbuka dan solat Maghrib berjemaah, abang saya terus mengajak saya dan adik untuk ke luar rumah. Pelita dinyalakan dan rasa seronok sangat waktu itu. Bunga api dan mercun dikeluarkan. Kemudian masing-masing sibuk dengan kerja sendiri. Main bunga api, mercun. Saya cuma berani dengan bunga api je. hehe. 

Seronok sangat bermain, bila ada bunga api di tangan mulalah gatal nak cucuh itu ini. Ada gumpalan surat khabar berdekatan saya. Apa lagi, terus cucuh bunga api pada gumpalan surat khabar tersebut. Tiba-tiba abang saya menjerit menyuruh saya jauhkan diri dari gumpalan itu. Tanpa menghiraukan amaran itu, saya teruskan niat untuk mencucuh bunga api pada kertas itu. Dengan pantas gumapan kertas itu meletup. Bunyi letupan yang kuat kedengaran. Nasib baik abang sempat tarik saya. Rupa-rupanya ada mercun bola yang telah dinyalakan sumbunya dalam gumpalan surat khabar itu. Memang dekat jarak gumpalan kertas itu dengan saya. Kalau abang tak sempat tarik saya, mungkin terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada saya malam itu. Berderau darah. Akibat terlalu terkejut, saya menangis. Disebabkan kejadian itu, sehingga kini saya fobia dengan mercun bola. 

Apabila Ramadhan tiba, di dada akhbar, televisyen, banyak memaparkan berita tentang kejadian yang menakutkan dengan mercun bola ini. Ada yang putus jari, kaki...rosak anggota badan. Allah..gerun mendengar dan melihat berita sebegitu. Orang yang tidak bersalah pun menjadi mangsa. 

Semoga kita dijauhkan daripada malapetaka dan bahaya pada bulan yang mulia ini. Jika sesuatu yang buruk pernah berlaku, ambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa beringat. Apa pun jika sesuatu terjadi, ingat bahawa ia adalah takdir Allah swt. Peringatan buat kita semua.

Apa pengalaman pahit anda pula pada bulan Ramadhan?

#Cabaran20Hari yang lain:

10 ulasan for "#Cabaran20Hari | Pengalaman Pahit Pada Bulan Ramadhan"

  1. hati2 bermain mercun.. takut nak dekat dengan org main mercun.. kalau kat kampung dengar org main meriam pon dah takut.. padahal jauh gilaa.. hahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat kg mmg meriah dengan meriam akk yoorin haha

      Padam
  2. alhamdulillah takde pe, maisara.
    syukur.
    jadi pengajaran kat yg lain :) in shaa Allah...

    BalasPadam
  3. Betul tu. Sedih baca paper kalau kes mercun ni bulan puasa. Jaga diri kak mai.. hehe

    BalasPadam
  4. Huhu... alhamdulillah. ? Nasib selamat.

    BalasPadam
  5. Seram dengarnya. Kalau mercun biasa2, ok lagi. Hehe. Tp, kalau mercun bola. Takuttt!

    BalasPadam
  6. Subhanallah..Allahu Akbar.
    Allah dh Tentukan selamatnya jari jemari mai dari letupan tu. Kalu tak naudzubillah juga, ada yg menaip guna pancaindera lain nnt.
    Kisah ni wajar dijadikan iktibar untuk kita semua (remaja/ anak-anak/parents) tiapkali menjelang Raya.

    - Zaleha Awaluddin -

    BalasPadam
  7. perghhh nasib baik akk mai.alhamdulillah.mercun bola yg mana ek hahahaha

    BalasPadam
  8. Syukur Alhamdulillah selamat..
    Biar tak merasa main, janji diri selamat..

    BalasPadam