Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

#Cabaran20Hari | Tetamu Raya Paling Dinanti

Tetamu raya paling Ddinanti

Pejam celik, pejam celik..kurang dua minggu sahaja lagi kita akan meraikan Hari Raya Aidilfitri. Pantas masa berlalu. Bagaimana dengan persiapan anda untuk menyambut perayaan ini? Baju raya, kuih raya, rumah raya, kereta raya, semua dah ada? Pendek kata semua raya nye lah.

Kredit foto: Sivin's Kit Garden
Ibu bapa yang anaknya berada di perantauan pastinya kepulangannya dinanti. Nak sangat anaknya ada bersama untuk meraikan hari yang bahagia ini. Begitulah perasaan seseorang yang menanti kehadiran tetamu yang istimewa baginya. 

Menjelang Syawal, ramai saudara-mara saya yang jauh mula pulang ke kampung. Bertambah meriah dengan kehadiran mereka. Saling membantu melaksanakan tugas seperti membakar lemang, menyediakan panjut dan lain-lain lagi. Rasa gembira sangat.

Tibanya Syawal, Hari Raya Aidilfitri diraikan bersama insan tersayang. Sudah semestinya saya meraikannya bersama keluarga. Pasti kita akan menunggu tetamu istimewa.

Bagi saya, tetamu yang paling dinanti adalah sahabat, tidak kira di zaman sekolah mahupun di universiti. Yang paling gembira adalah apabila bertemu dengan sahabat zaman persekolahan di peringkat menengah. Bahagia sangat bertemu dengan orang yang nantikan datang ke rumah. Kalau dah berjumpa tu, macam-macam cerita ada. Yang telah berumahtangga dengan ceritanya. Yang masih bujang ada cerita tersendiri. Kawan zaman sekolah adalah yang paling rapat, kami bagaikan adik-beradik dalam satu kelas tu. 

Moga Aidilfitri tahun ini, mereka masih kekalkan tradisi kunjung-mengunjung ke rumah sahabat dan bersama-sama menceriakan Syawal.


#Cabaran20Hari yang lain:

6 ulasan for "#Cabaran20Hari | Tetamu Raya Paling Dinanti"

  1. Kunjung mengunjung mengeratkan siratulrahim. semoga raya kali ini membuatkan mai bertemu sahabat handai

    BalasPadam
  2. sahabat ?
    hahaha, betul tu, takder diorang, tak meriah la raya kedua dan ketiga dan seterusnya....
    juga, tiada la istilah 'konvoi beraya beramai-ramai'. hihi.
    best, time ni yang paling saya suka. ni jer la time berjumpa sahabat lama, bercerita zaman seronok muda-muda dulu, usik-mengusik, sebagainya la...
    juga tentang masa depan. hihi.
    suasana yang paling saya suka, time pagi raya kat umah atok atau wan.
    memang kecoh la...suara mak-mak mengejutkan anak-anaknya mandi pagi raya.
    hahaha, dah la bilik air ada satu jer....pat-pat nyer la jawabnyer.
    yang perempuan, mandi last. hihi, kami nak gi sembahyang raya neh.
    -blogspot :rawatankanser2013

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahha betul sangat setuju2. yang perempuan gosok baju melayu dak laki. laki goyang kaki je haha

      Padam
  3. betul tu kak mai.kunjungan dari sahabat mmg bermakna :)

    BalasPadam