Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Laptop Overheating Rupanya!

Petang tadi lebih kurang pukul 5 petang, pihak kedai komputer menghubungi saya dan memberitahu bahawa laptop dah siap dibaiki. Dia beritahu lagi, laptop saya ni overheating. Panas melampau. Patutlah asyik terpadam je. Sebabnya habuk banyak berkumpul pada kipas laptop.

Apabila habuk banyak berkumpul pada kipas laptop, ia akan menyukarkan pengaliran udara untuk mengalir dengan baik. Mujur ini je masalahnya. Risau juga kalau ada masalah lain.

Solusinya, kipas laptop perlu dibersihkan supaya pengaliran udara dalam keadaan yang baik. Semua tu saya serahkan pihak kedai yang uruskan. Kalau saya buat sendiri memang jadi macam tikus membaiki labu la nanti. Selain itu, saya juga perlu beli bateri laptop yang baru. Ini juga mungkin jadi penyebab terjadinya overheating.

Esok akan ambil laptop di kedai. Tak sabar nak mula kerja ni.

4 ulasan for "Laptop Overheating Rupanya!"

  1. takut pulak sbb anis selalu letak atas katil..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nak letak atas katil pastikan guna cooling fan..

      Padam
  2. nasib tu ja masalahnya kan.. tak apa lah, nanti dah boleh guna balik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, nasib baik overheating je

      Padam