Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Milik Kita Belum Tentu Rezeki Kita

maisarahsidi.com, rezeki

Ya. Milik kita belum tentu rezeki kita. Kenapa begitu? Sebagai contoh, anda baru sahaja mengeluarkan wang gaji daripada mesin ATM. Anda keluarkan wang berjumlah RM1000. Banyak kan? Hasil daripada penat lelah bekerja selama sebulan. Ketika anda sedang memandu kereta untuk pulang ke rumah, tiba-tiba kereta anda hilang kawalan lalu terlanggar tiang elektrik di tepi jalan. Bahagian hadapan kereta anda remuk dan perlu dibaiki. Lalu wang gaji anda digunakan untuk menampung kos membaiki kereta itu.

Wang gaji itu adalah milik kita. Itu apa yang kita kata. Hakikatnya, apa yang kita ada, bukanlah semuanya rezeki kita. Sebahagiannya adalah rezeki pemilik bengkel kereta yang membaiki kereta itu.
Seperti saya juga, duit raya pemberian saudara-mara digunakan untuk membaiki laptop. Maka, duit itu adalah rezeki orang yang membaiki laptop saya.

Jadi, perlukah kita sombong dengan apa yang kita miliki? Perlukah membandingkan pencapaian kita dengan orang lain? Kita perlu sentiasa ingat bahawa rezeki itu adalah daripada Allah.

Kita selalu melihat bahawa orang kaya itu banyak rezekinya, mungkin perniagaannya selalu untung. Orang miskin pula kurang rezekinya, kerja menoreh getah yang amat bergantung kepada keadaan cuaca. Siapa tahu mungkin si kaya itu sering menhabiskan wangnya kerana penyakit yang dihidapinya. Mungkin si miskin itu sihat tubuh badannya daripada penyakit walaupun keadaan seperti itu. Semuanya berlaku atas izin Allah.

Rezeki juga adalah apa sahaja yang memberi manfaat kepada kita. Setiap hari kita bernafas, menyedut oksigen dan menghembuskan gas karbon dioksida. Mungkin ada di antara kita yang tidak perasan tentang ini. Suka mengeluh tentang rezekinya yang sikit padahal masih dapat hirup udara yang Allah kurniakan. Rezeki bukan sekadar yang nampak di mata kita. Udara, kesihatan tubuh badan, gembira, senyum..itu juga adalah rezeki. 

Apa pun sentiasalah bersyukur dengan apa yang dimiliki. Jangan banyak mengeluh dan merungut tetapi banyakkan usaha dan doa serta tawakal kepada Allah.


Nak tempah design?


5 ulasan for "Milik Kita Belum Tentu Rezeki Kita"

  1. True, yang penting DUIT: Do'a, Usaha, Ikhtiar, dan Tawakal :)

    Jom Terjah : Kisah Sedih Hari Raya Pertama


    BalasPadam
  2. Rezeki milik Allah, dan Dia bagi pada sesiapa yang Dia suka. Sebab tu kena selalu minta dengan Dia & jangan kedekut nak berkongsi rezeki yang kita ada :)

    BalasPadam
  3. Xde harta 1 pun milik kita. Semuanya pinjaman shj

    BalasPadam
  4. The more u give, the more u get..sbb Allah dah katakan, dalam setiap rezeki kita, ada bahagian untuk orang lain iaitu melalui sedekah

    BalasPadam
  5. aaah..rezeki bkn semua milik kitaa...kdg kita mkn pun, tinggal tulang2..bagilah pada kucing..tu rezeki dia ...

    rezeki meliputi pelbagai aspek..mungkin kita x byk duit..tapi kita di beri rezeki dlm keberkatan waktu..yg x semua org dpt...mgkin org lain hidupnya huru haraa di sebabkan masa..tapi kalo di beri keberkatan waktu..insyaAllah bz cm ne pun dpt buat byk keja

    BalasPadam