Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ragam Manusia di Facebook

Ragam manusia di Facebook

Laman sosial Facebook menjadi salah satu medium pengantaraan yang membolehkan kita untuk berkomunikasi, menjalankan aktiviti perniagaan, belajar dan lain-lain lagi. Beberapa tahun lalu, heboh tentang khabar angin bahawa Facebook akan ditutup buat selama-lamanya. Memang ramai tidak bersetuju dengan penutupannya kerana dah 'ketagih' dengan Facebook.

facebook

Saya sendiri pernah ketagih dengan Facebook. Setiap hari ada je nak dikongsikan. Waktu tu mula buka akaun Facebook, memang macam ni la kan. Masa tu, kalau sehari tak dapat ber'FB' boleh stress tau. hahaha. Kelakar bila ingat semula. 

Facebook ini jika digunakan untuk perkara berfaedah, kita juga akan mendapat manfaatnya. Jika kita gunakan sebaliknya, terpalit kesan negatif kepada diri kita. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri.

Melalui pemerhatian saya, ada yang suka berkongsi maklumat yang berguna di Facebook, berkongsi gambar, ada juga yang menjadikan Facebook ini diari hidupnya. Facebook sebagai diari hidup? Macam mana tu? Yela..setiap apa yang dilakukan seharian mesti nak diberitahu kepada orang lain. Bukan tak boleh tapi keadaan ini boleh membahayakan diri sendiri juga. Anda fikirlah sendiri. 

Antara ragam manusia dapat kita jumpa di Facebook: 
ragam di facebook
Anda tergolong dalam kategori mana? Ada seperti yang di atas?
Hati-hati dengan apa yang kita lakukan di laman Facebook. Banyak mata yang memerhati. Jangan sampai apa yang kita kongsi menjadi punca kemarahan pengguna yang lain. Tak perlu harapkan balasan 'like' daripada apa yang kita kongsikan. Tak bawa ke mana pun ;) 

Bagi kaki selfie yang suka upload gambar, di mana-mana laman sosial sekalipun, berpada-padalah dengan apa yang kita kongsi tu. Bimbang penyakit hati seperti sum'ah wujud dalam diri tanpa disedari. 

Lagi satu bab kongsi maklumat di Facebook. Ada yang main kongsi je tanpa baca dahulu. Tak tahu kesahihan maklumat tersebut. Sumber pula tak dipercayai. Bila ada yang tegur, mulalah melenting tak tentu pasal. Lalu muncullah 'keyboard warrior' untuk mempertahankan hujah masing-masing. 

Macam-macam ragam yang ada kan? Apa pun, gunalah mana-mana laman sosial dengan sebaiknya agar dapat manfaat daripadanya. 


Nak tempah design?


12 ulasan for "Ragam Manusia di Facebook"

  1. tak salah main facebook..tapi kena betul caranya dan tidak keterlaluan..

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama03 Julai, 2015

    saya kategori yang pertama :-)

    BalasPadam
  3. Haha setuju dengan entri ni .. Ragam manusia pon boleh buat hiburan tau .. Tak perlu astro xD

    BalasPadam
  4. setuju2. jangan suka selfie sangat takut timbul perasaan yang kurang enak hehee

    BalasPadam
  5. jangan percaya semua kat facebook, profil saya pun tak berapa tepat sebab saya tak amik serius dgn fesbuk

    BalasPadam
  6. Zmn skrg zmn screenshot.. makanya kene lebih berhati2. Huhu semua dihujung jari.:)

    BalasPadam