Apabila Allah Kata "I Love You"
Apabila Allah Kata "I Love You"
Apabila kau sudah tahu bahawa ALLAH mencintaimu, maka mengapa kau diam sahaja?Maka nikmat tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Balaslah CINTA mu pada yang HAK...Allahurabbi
Pesanan kepada diri saya sendiri dan umat Islam yang lain. Bersama-sama memperbaiki diri ke arah kebaikan. InsyaAllah.
*merenung masa depan . . .
Apabila ALLAH memberimu petunjuk, maka ketahuilah bahawa Dia mencintaimu.
Apabila ALLAH memberimu kesempitan, kesulitan dan musibah, maka ketahuilah bahawa Dia mencintaimu dan merindui suara doa dari bibirmu.
Apabila ALLAH memberimu sedikit, maka ketahuilah bahawa Dia simpankan selebihnya di akhirat.
Apabila ALLAH memberimu rasa redha, maka ketahuilah bahawa Dia telah memberimu nikmat terindah.
Apabila ALLAH memberimu kesabaran, maka ketahuilah bahawa Dia memasukkanmu dalam golongan orang yang beruntung.
Apabila ALLAH memberimu keikhlasan, maka ikhlaslah kepadaNya.
Apabila ALLAH memberimu kefakiran, maka ketahuilah bahawa Dia telah memberimu sesuatu yang lebih berharga daripada harta.
Apabila ALLAH memberimu nikmat Islam, solat, qiam, al-Quran dan tarbiyah, maka ketahuilah bahawa Dia mencintaimu, jangan kau abaikan dan kerjakanlah.
Balaslah CINTA mu pada yang HAK...Allahurabbi
Amat rugi jika kita bermain-main cinta pada yang belum tentu menjadi milik kita.
*merenung masa depan . . .
Nak tempah design?
Tazkirah yg baik..syukron
BalasPadamperingatan yang bermakna.
BalasPadamTQ so much! :)