Cara Kembalikan Chat Whatsapp yang Hilang / Terdelete
Cara Kembalikan Chat Whatsapp yang Hilang / Terdelete
Pagi tadi buka Whatsapp nak check mesej. Tengok 'Chats' ada 4 je. Aikkk? Kenapa boleh hilang macam tu je? Pelik betul . . . Runsing sangat masa tu. Chat yang penting, group habis hilang. Kemudian terus buat carian di Google tentang cara nak restore chat yang hilang atau terdelete.
Caranya mudah je. Tapi restore tu hanya untuk chats 7 hari terakhir.
1. Uninstall Whatsapp kemudian install semula Whatsapp pada telefon.
2. Buka Whatsapp di telefon, masukkan nombor telefon.
3. Kemudian akan keluar 'Message backup found!' . Klik butang 'Restore'
Klik butang 'Restore' |
4. Semua chats yang lama, kurang 7 hari akan kembali.
Perlu diingatkan bahawa Whatsapp akan membuat backup automatik pada pukul 4 pagi setiap hari. Jika chats yang di backup itu adalah chats yang ada selepas chats yang lama hilang, jangan risau anda boleh dapatkan chats yang lama.
Caranya, pergi ke folder Whatsapp di telefon anda atau untuk lebih mudah sambungkan telefon anda dengan komputer.
Folder Whatsapp > Folder Databases > Delete chats backup yang terbaru (lihat tarikh sebelum delete)
Databases Whatsapp |
Kemudian, anda perlu uninstall Whatsapp dan install semula Whatsapp di telefon. Masukkan nombor telefon anda dan klik butang Restore. Anda akan lihat chats yang lama muncul kembali.
Untuk langkah berjaga-jaga, jika berlaku sesuatu pada telefon atau nak elakkan chats yang penting tiba-tiba hilang, anda boleh email chats. Caranya, buka Whatsapp > Settings > Chat Settings > Email chat.
Untuk pertanyaan masalah atau cara-cara penyelesaian yang lain, sila ke Whatsapp FAQ.
Jika berlaku sesuatu di luar jangkaan, jangan panik. Cari penyelesaiannya.
----------
* Update 30 April 2018
Kini semua chats boleh disimpan di Google Drive. Yang ini lagi bagus dan selamat. Kalau ada nak kembalikan chats Whatsapp semula jika hilang atau baru install dalam smartphone, anda boleh dapatkan di akaun Google Drive anda.
Nak tempah design/customize blog murah?
Tip yg brguna. kadang2 hp terhang dgn sndrinya. terunistall. lebih2 lagi byk group dlm wassap mmg berasap la hp.. hehehe. tq bingkisan hati..
BalasPadamBerapa hari ya ambil masa utk ada balik chat lama
PadamThanks sharing info..")
BalasPadamPernah frust hilang semua chat dan catatan penting dalam whatsapp..
BalasPadamohh ada cara rupanya. henpon ni selalu kt dia jadi macam tu
BalasPadamtq.. rupanya da cara ^_^
BalasPadamsetakat ni msg wassup tak pernah hilang lagi...myb sebab pakai kat hp baru, jadi kurang 'system-error'nya.
BalasPadamtapi, yang paling terasa bila msg dari kawan-kawan sebelajar tiba-tiba hilang.
huhu, da 2 kali da berlaku.
time tu da habis belajar...rasa mcm semua kenangan tu ilang..rasa nak menangis pun ada.
per-per hal pun, tips terbaik. thankz n bookmark post ni. hihi.
-blogspot : rawatankanser2013
Baru tahu.. thanks atas perkongsiannn ni
BalasPadamkalauu backup guna pc/laptop pun boleh ka dapat balik smua chat tu ??
BalasPadamyang ni saya tak pasti tapi boleh cuba :)
Padammaksudnya dengan gambar sekali ke sis boleh dapat?
BalasPadammaaf lambat reply..mungkin boleh dapat sekali gambar kalau gambar tu tak delete lagi dari handphone
PadamHp saya dah hilang chat yg lama...pening.tak berapa pandai bab ni...terunistall..boleh ke nak dapat balik yg lama2 puan...😂
BalasPadamSemua chats yang lama dalam tempoh 7 hari saja akan kembali.
PadamKlau gmbar yg sblum ni kita prnah dpt tp dh delete pun , akn dpt blik ye bila uninstall ?
BalasPadamgambar saya tak pasti. rasanya tak dapat dah. kena minta orang tu resend
Padamsis..saya terunistall wassap lepastu bile bukak saya x restore backup tuh..tapi saya tertekan backup data yg kat setting tuh..bile saya tau yg selepas install wassap kene tekan restore saya pun buat tapi..lepastu dia k3luar yg time sya first2 buat tu jer... ;(( ;(( ;((
BalasPadamada klik 'Chat backup' kat setting Whatsapp tak? kalau ada boleh restore balik guna cara ni. tak pun smartphone sekarang ni banyak yang dah autosave terus ke google drive, kalau ada buat yang ni..boleh cari kat google drive
Padamterima kasih sharing
BalasPadamKlau terclear data chat then bleh dpat balik tak chat tu?
BalasPadamkalau clear data, tak dapat balik chats
Padamkita pun baru tahu boleh kembalikan kalau dh terdelete nih
BalasPadamboleh.. janji kita buat backup chats ;)
PadamMacam mana ea, saya uninstall then install balik whatsapp lepas tu saya terskip time nak restore ;( ada cara lain tak macam mana saya nak restore balik whatsapp
BalasPadamkalau ada save kat google drive boleh dapat balik juga
PadamKalau saya delete group dan left dari group tu.. bagaimana cara untuk saya dapatkan semula group tersebut? ada cara kah?
BalasPadamkena cari admin group semula
PadamSalam.. boleh PM ajar step by step tak?
BalasPadamwassalam.. kalau versi terkini, backup dulu chats ke google drive. Bila nak install baru, kalau ada soalan keluar.. guna chats yang dah backup di google drive, klik confirm
Padamrestore chats yang dah backup di google drive
PadamAsalamualaikum whatsap saya mesej semua hilang bila teruninstall bila install semula whatsap semua chat sda tiada da try backup tapi mesej mesej whatsap masi tidak ada stress semua benda penting ada kat dalam.. Mcm mana nak kembalikan mesej tu ye mohon bantuan..
BalasPadamAda backup semua chats di Google Drive tak?
PadamHai sis mcm mana ye kalau whatsapp tiba tiba hilangkan sendiri chat . Mungkin sebab storage hp yg terlalu penuh. Boleh dapatkan semula ke chat sebelum ini ? Tapii xde backup sis
BalasPadamfile backup je penyelesaiannya
PadamSalam
BalasPadamSy nk tanye
Ada satu whtsapp penting sy tak pernah padam, whatsapp lama masih ada,,tak tahu knpe hari ni,geram dgn kenalan ni,sy sekat kenalan ni,tp tak perasan saya ter tekan sekat lapor,hampir semua hilang whatsapp penting tu hilang...dah laa nk lawan kat makamah....mcm mne ni sis...agak2 boleh tak dapt semula semua msej whatsapp tu,,ya allah penting sangat sis bkn hnya chat ,voice dan gambar
Plis ada cara tak?
Ada save file backup tak? Kalau ada, berkemungkinan boleh dapat. Cuba unblock contact tu kot ada balik.
Padam