Cara Kembalikan Chat Whatsapp yang Hilang / Terdelete





Cara Kembalikan Chat Whatsapp yang Hilang / Terdelete

Cara Kembalikan Chat Whatsapp yang Hilang / Terdelete

Pagi tadi buka Whatsapp nak check mesej. Tengok 'Chats' ada 4 je. Aikkk? Kenapa boleh hilang macam tu je? Pelik betul . . . Runsing sangat masa tu. Chat yang penting, group habis hilang. Kemudian terus buat carian di Google tentang cara nak restore chat yang hilang atau terdelete.

Caranya mudah je. Tapi restore tu hanya untuk chats 7 hari terakhir. 

1. Uninstall Whatsapp kemudian install semula Whatsapp pada telefon.
2. Buka Whatsapp di telefon, masukkan nombor telefon.
3. Kemudian akan keluar 'Message backup found!' . Klik butang 'Restore'
Cara Kembalikan Chat Whatsapp yang Hilang / Terdelete
Klik butang 'Restore'
4. Semua chats yang lama, kurang 7 hari akan kembali. 

Perlu diingatkan bahawa Whatsapp akan membuat backup automatik pada pukul 4 pagi setiap hari. Jika chats yang di backup itu adalah chats yang ada selepas chats yang lama hilang, jangan risau anda boleh dapatkan chats yang lama. 

Caranya, pergi ke folder Whatsapp di telefon anda atau untuk lebih mudah sambungkan telefon anda dengan komputer. 

Folder Whatsapp > Folder Databases > Delete chats backup yang terbaru (lihat tarikh sebelum delete) 
Cara Kembalikan Chat Whatsapp yang Hilang / Terdelete
Databases Whatsapp
Kemudian, anda perlu uninstall Whatsapp dan install semula Whatsapp di telefon. Masukkan nombor telefon anda dan klik butang Restore. Anda akan lihat chats yang lama muncul kembali. 

Untuk langkah berjaga-jaga, jika berlaku sesuatu pada telefon atau nak elakkan chats yang penting tiba-tiba hilang, anda boleh email chats. Caranya, buka Whatsapp > Settings > Chat Settings > Email chat. 

Untuk pertanyaan masalah atau cara-cara penyelesaian yang lain, sila ke Whatsapp FAQ.

Jika berlaku sesuatu di luar jangkaan, jangan panik. Cari penyelesaiannya. 

----------

* Update 30 April 2018

Kini semua chats boleh disimpan di Google Drive. Yang ini lagi bagus dan selamat. Kalau ada nak kembalikan chats Whatsapp semula jika hilang atau baru install dalam smartphone, anda boleh dapatkan di akaun Google Drive anda.


Nak tempah design/customize blog murah?



Catat Ulasan

28 Ulasan

  1. Tip yg brguna. kadang2 hp terhang dgn sndrinya. terunistall. lebih2 lagi byk group dlm wassap mmg berasap la hp.. hehehe. tq bingkisan hati..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berapa hari ya ambil masa utk ada balik chat lama

      Padam
  2. Thanks sharing info..")

    BalasPadam
  3. Pernah frust hilang semua chat dan catatan penting dalam whatsapp..

    BalasPadam
  4. ohh ada cara rupanya. henpon ni selalu kt dia jadi macam tu

    BalasPadam
  5. tq.. rupanya da cara ^_^

    BalasPadam
  6. setakat ni msg wassup tak pernah hilang lagi...myb sebab pakai kat hp baru, jadi kurang 'system-error'nya.
    tapi, yang paling terasa bila msg dari kawan-kawan sebelajar tiba-tiba hilang.
    huhu, da 2 kali da berlaku.
    time tu da habis belajar...rasa mcm semua kenangan tu ilang..rasa nak menangis pun ada.
    per-per hal pun, tips terbaik. thankz n bookmark post ni. hihi.
    -blogspot : rawatankanser2013

    BalasPadam
  7. Baru tahu.. thanks atas perkongsiannn ni

    BalasPadam
  8. kalauu backup guna pc/laptop pun boleh ka dapat balik smua chat tu ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang ni saya tak pasti tapi boleh cuba :)

      Padam
  9. maksudnya dengan gambar sekali ke sis boleh dapat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf lambat reply..mungkin boleh dapat sekali gambar kalau gambar tu tak delete lagi dari handphone

      Padam
  10. Hp saya dah hilang chat yg lama...pening.tak berapa pandai bab ni...terunistall..boleh ke nak dapat balik yg lama2 puan...😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua chats yang lama dalam tempoh 7 hari saja akan kembali.

      Padam
  11. Klau gmbar yg sblum ni kita prnah dpt tp dh delete pun , akn dpt blik ye bila uninstall ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. gambar saya tak pasti. rasanya tak dapat dah. kena minta orang tu resend

      Padam
  12. sis..saya terunistall wassap lepastu bile bukak saya x restore backup tuh..tapi saya tertekan backup data yg kat setting tuh..bile saya tau yg selepas install wassap kene tekan restore saya pun buat tapi..lepastu dia k3luar yg time sya first2 buat tu jer... ;(( ;(( ;((

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada klik 'Chat backup' kat setting Whatsapp tak? kalau ada boleh restore balik guna cara ni. tak pun smartphone sekarang ni banyak yang dah autosave terus ke google drive, kalau ada buat yang ni..boleh cari kat google drive

      Padam
  13. terima kasih sharing

    BalasPadam
  14. Klau terclear data chat then bleh dpat balik tak chat tu?

    BalasPadam
  15. Jemput join Planner 2019 Giveaway hehe :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/planner-2019-giveaway-by-lullabyssz.html

    BalasPadam
  16. kita pun baru tahu boleh kembalikan kalau dh terdelete nih

    BalasPadam
  17. Macam mana ea, saya uninstall then install balik whatsapp lepas tu saya terskip time nak restore ;( ada cara lain tak macam mana saya nak restore balik whatsapp

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ada save kat google drive boleh dapat balik juga

      Padam
  18. Kalau saya delete group dan left dari group tu.. bagaimana cara untuk saya dapatkan semula group tersebut? ada cara kah?

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)