Murtabak Cheese Sedap di Kuala Kangsar
Murtabak Cheese Sedap di Kuala Kangsar
Petang hari ini, murtabak cheese menjadi menu pilihan untuk minum petang. Chocolate Blog dari gerai Cool Blog berdekatan menjadi pelengkap. Memang sedap. Murtabak cheese ini saya beli di sebuah gerai di tengah-tengah bandar Kuala Kangsar. Waktu cuti sekolah atau cuti umum, pasti ramai pelanggan berbaris untuk dapatkannya.
Murtabak cheese ini adalah jenis 'special'. Saya memilih murtabak cheese berintikan campuran daging ayam, hirisan bawang, mayonis dan semestinya keju. Ketebalan dan saiz murtabak ini memang berbaloi dengan harganya iaitu RM6. Tak rugi untuk mencubanya.
Murtabak cheese berintikan daging ayam. Sedap sehingga menjilat jari! |
Murtabak cheese beserta sos keju cair. Saiz sederhana ini boleh dikongsi beramai-ramai.
Ini adalah gerai yang menjual murtabak cheese sedap ini. Saya bernasib baik kerana pada masa itu kurang pelanggan. Kalau ramai, jenuh menunggu jawabnya. Tempat duduk untuk pelanggan menunggu tempahan juga disediakan di gerai tersebut. Gerainya juga bersih.
Murtabak cheese yang ditaburi dengan sos keju cair. Meleleh air liur dibuatnya . . .
Antara pilihan yang ditawarkan kepada pelanggan. Murtabak cheese bersaiz kecil berharga RM3, yang bersaiz sederhana RM6 dan yang bersaiz besar RM12.
Loghat Perak kelihatan pada bunting ni..hehe |
Ini adalah lokasi gerai Murtabak Cheese.
Gambar daripada Street View Google Maps diambil pada April 2014. Terdapat perubahan pada tahun ini seperti keadaan gerai murtabak cheese itu.
Jadi, jom cuba untuk merasai kesedapannya.
Nak tempah design/customize blog murah?
waa..pebret saya murtabak, tp murtabak cheese x pnah try lg..nampak pon dah meleleh liur hehe
BalasPadammemang kena cuba sis..pasti tak menyesal :)
Padamterliur nya tengok cheese dia..tapi jauh sangat haa
BalasPadamdatang kuala kangsar, macam2 ada lagi :)
Padamoh tahu tempat ni.. tp tak tahu pulak ada yg special di celah nak turun tangga tu ye.. harus cuba balik kg nanti :D
BalasPadammesti cuba murtabak ni akak :)
Padamuihh lama x p kuala.. sdp lak tgk ni.. nak kena tnya org kuala lokais tang mana ni..huhuhu
BalasPadammesti cuba ni :)
Padamamboiii sedappnya.. nanti nak gi kuala leh terjah ni..
BalasPadamboleh kak yanie..sambil tu jalan2 pusing kuala :)
Padamsedapnyaaa gambar tu. terliur T_T
BalasPadamrasanya pun memang sedap :)
PadamSedap pula tgk.
BalasPadamZH Blogger
kat mana ni
BalasPadambalik kuala nti boleh la cari. hihihi