Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pengalaman Scaling Gigi di Klinik Kerajaan

Pengalaman Scaling (Penskaleran) atau Cuci Gigi di Klinik Kerajaan

Pagi tadi, dalam jam 9 lebih, saya sudah pun berada di Klinik Pergigian Pekan Kuala Kangsar. Sebabnya ada janji temu dengan doktor gigi. Hari ini hanya untuk rawatan scaling atau cuci gigi.

penskaleran, scaling, cuci gigi
Scaling atau cuci gigi
Scaling adalah kaedah pembersihan karang gigi atau plak dari permukaan gigi atau tempat yang sulit di dalam mulut . Karang gigi ni selalu berada di pangkal gigi, di celahan geraham. 

Apa itu karang gigi atau plak

Plak gigi ialah lapisan bakteria yang melekit serta tidak berwarna, terbentuk dan melekap pada permukaan gigi, lidah, gigi palsu dan tempat-tempat strategik seperti pinggiran tampalan, korona dan celah-celah gigi. Plak sering disalah tafsirkan sebagai sisa makanan yang melekat pada gigi.

Apabila plak gigi bertukar menjadi kalkulus (tartar), penskaleran adalah perlu dan hanya boleh dilakukan di klinik gigi oleh doktor gigi. Oleh itu, lawatan ke doktor gigi secara berkala adalah cara paling baik untuk menghindar kerosakan yang boleh dilakukan oleh plak gigi dan kalkulus tersebut.

Kalkulus (tartar) adalah plak yang telah mengeras, jika ianya dibiarkan tanpa dibersihkan. Apabila kalkulus telah terbentuk, ianya menyukarkan pemberusan dan penggunaan flos yang berkesan. Permukaannya yang kasar menyebabkan lebih banyak plak akan terperangkap dan terkumpul di kawasan tersebut.
( sumber www.myhealth.gov.my)

karang gigi, plak
Karang gigi atau plak
Pengumpulan karang gigi ni tak bagus kerana akan menjadi punca kerosakan gigi. Ia juga salah satu penyebab mulut berbau. Scaling penting bagi kekalkan kesihatan gusi dan mencegah jangkitan kuman. Sebab itu lah kita perlu berjumpa doktor gigi untuk membuat pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Barulah kita tahu gigi kita ada masalah atau baik-baik sahaja.

Gementar juga dibuatnya untuk scaling kali pertama ini.

Bermulanya prosedur scaling, scaler dimasukkan ke dalam mulut. Bila doktor letak je pada gigi, terasa getarannya. Terasa sesuatu yang tak sedap. eeuwww.. Sebelum ni dengar pengalaman orang buat scaling, ramai yang beritahu sakit dan ngilu. Tetapi itu bergantung kepada gigi seseorang. Kalau gigi sensitif, lagi mudah rasa ngilu. Tempoh masa scaling seseorang pun berbeza mengikut karang gigi yang pada permukaan gigi. Kalau tebal, lama la jawabnya. Alhamdulillah, saya tidak terlalu rasa sakit dan ngilu. Tempoh masa yang diambil pun sekejap sahaja. Doktor pesan, guna berus gigi yang halus supaya dapat masuk di celahan gigi, makanan yang tersekat dapat dikeluarkan. Sebabnya gigi dah ada ruang (setelah karang gigi dibersihkan), ruang itu perlu bersih daripada kotoran untuk mengelakkan karang gigi berkumpul semula.

Bayaran yang dikenakan amat berpatutan di klinik kerajaan. Saya hanya perlu membayar RM2 untuk rawatan scaling ini. Memang berbaloi-baloi. Layanan doktor juga bagus. Patutlah ramai yang datang ke klinik kerajaan untuk rawatan gigi walaupun perlu menunggu giliran yang lama. 

Jadi, jangan segan dan malas untuk berjumpa doktor gigi untuk mendapatkan gigi cantik dan sihat. 

Kredit foto: UPM:Pusat Kesihatan Universiti, doktergigi


Nak tempah design/customize blog murah?



30 ulasan for "Pengalaman Scaling Gigi di Klinik Kerajaan"

  1. boleh yer mai..xtahu pun..nnti nak pegi buat juga lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh akak..bgtau nk buat scaling atau cuci gigi. sebelum tu buat pemeriksaan gigi dulu

      Padam
  2. awk nk dpt appt buat scaling tu bape lama?

    BalasPadam
    Balasan
    1. contohnya...minggu ni sy datang klinik untuk pemeriksaan gigi, minggu depan ada appointment. tapi ikut klinik dan doktor yg merawat kita jugak

      Padam
  3. takut nak buattttt...huhuhuhuhu....
    hahahahdoiii...disebabkan seram ke ngiluan tu yg tak berani nak buat..adoyyaii.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ngilu sikit je :) daripada rosak gigi nanti, baik buat..hehehe

      Padam
  4. Akak pernah buat 2 kali..satu kat klinik swasta dan satu lg dekat klinik gomen..masa buat kat swsta xrasa aper..tapi ms buat kat gomen sakit sangat..banyak berdarah..lepas ni xmau dah buat kat gomen walaupon free..serik..

    BalasPadam
  5. huwaaaa...takut jumpa doktor gigi..huhu..datang BW sini balik.. :)

    BalasPadam
  6. memang bercadang nk pergi scalling jugak ni,,,thnks 4 sharing dear

    BalasPadam
  7. cuci gigi mahal x? nak try gak :)

    BalasPadam
  8. Salam ziarah Mai,

    Saya pernah buat scaling since company ada peruntukan untuk kos pergigian.. Best lepas buat kann terasa bersih jer gigi tu.. hehehe :-)

    BalasPadam
  9. adeii... time kasih sbb post entry ni... baru teringat tak jumpa dentist lagi.. dah nak habis tahun dah ni... wuuuuu.... jemput lawat blog saya www.travelwithhani.com

    BalasPadam
  10. ..serius sape yg buat scaling bawak tisu satu paket kecik sbb lepas buat scaling mmg gigi penuh ngan darah ...saya dh dua kali buat

    BalasPadam
  11. saya bru lpas scaling gigi..mmg best darah byk tu normal..tpi xsakit pon ngilu sikit2 je..depends pd gigi msg2..hihihi

    BalasPadam
  12. Lepas ni pakat g scalling la..

    Slm perkenalan dr kak eila
    byummufayyadh.blogspot

    BalasPadam
    Balasan
    1. setiap hari kita makan dan minum. walaupun dah gosok gigi sebenarnya masih ada sisa makanan yang tertinggal pada gigi. jadi memang perlu untuk scaling gigi sekali dalam tempoh 6 bulan

      Padam
  13. Tanpa Nama10 April, 2016

    Sy bru je lps buat scaling gg. Ngilu tu biase. Berdarah tu normal.1st time buat mmg akan rase sakit. Sy buat kt swasta. Scaling + polishing = rm91. Pd sy itu sgt murah. Sy buat di Klinik Pergigian Alisa. Dr nye perempuan. Mmg selesa dan sgt peramah org nya.. 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye..ngilu tu sikit je rasa kan. murah dah tu RM91 :) Tapi bagi yang tidak berkemampuan, klinik kerajaan amat digalakkan. Nak sihat, tak semestinya perlu mahal kan. Yang penting kita rajin dan berusaha untuk sihat.

      Padam
    2. Klinik Pergigian Alisa tu kat mana??

      Padam
  14. sy suka g klinik gigi tiap2 bulan sbb sy blh tgk doc gg yg comel ter...ngeeee.....

    BalasPadam
  15. Saya baru buat ptg td. Fuh sakit dan ngilu. Nak menangis pun ada . saya cuma berharap proses ni cepat. Ya ia memang cepat layanan pun tip top. Jom gi hospital G

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu sakit dan ngilu sikit je kan :) tapi terasa gigi bersih lepas tu

      Padam
  16. Akak pun ada buat scalling gigi kat klinik gomen..okey..tak sakit cuma ngilu...

    BalasPadam
  17. Ada hari2 tertentu tak utk scalling ni?ke blh je hari apa pun?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya takda tapi kena set appointment dulu

      Padam