Sedapnya..Merah yang Menggoda...Putih Dalamnya
Rambutan Merah Sedap
Petang-petang macam ni memang sedap kalau dapat rambutan. Rasanya..uummpphh. Berair manis, isi putih yang gebu, memang jadi rebutan rambutan merah yang berbulu ni.
Alhamdulillah pokok rambutan ada tepi rumah je. Kalau tiba musimnya memang banyak buahnya. Bolehlah dimakan bersama. Nak makan pun senang je, dipetik segar dari pokok. Nak petik tak dapat lah sebab pokoknya tinggi, jadi kena kait buahnya ataupun panjat sahaja pokoknya.
Gigih ambil gambar buah rambutan ni tadi. Gambar blur2 je sebab tangan bergegar. Kamera DSLR berat sangat :D
Dapat kait sejambak rambutan ni memang sedap..perghh
Pokok rambutan tepi rumah
Bergegar lagi tangan ni haa.. asal ada rupa bolehlah..hehe
Gambar isi rambutan tiada. Kalau diletak bimbang skrin laptop atau telefon anda pecah sebab imaginasi anda melebihi batasan. Sampai sanggup nak makan laptop. hahaha
wah sedapnya!
BalasPadamsedapnyaa
BalasPadamAmboi sedapnya.. merah nye..mesti manis sedappp
BalasPadamsedap nyer.
BalasPadamuntung la ada pokok sebelah umah.
fresh dari pokok ! :) terbaik...