Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Yakin Pada Diri Sendiri Atasi Kelemahan

Yakin atasi kelemahan diri


Ya, dengan yakin pada diri sendiri kita dapat mengatasi kelemahan yang ada untuk berjaya. Selain itu, percaya pada diri untuk berjaya juga perlu ada. Disertakan dengan usaha dan doa yang berterusan. 

Alkisahnya, kira-kira jam lapan pagi hari ini, Alhamdulillah saya berjaya menyelamatkan anak kucing kesayangan yang tidak boleh turun dari dahan pokok. Walaupun 'kejayaan' ini nampak kecil di mata orang lain, tapi saya merasai kemanisannya. Saya berjaya mengatasi kelemahan diri iaitu gayat apabila berada di tempat yang tinggi.

kucing, maisarahsidi.com

Ahli keluarga yang lain tiada pada masa kejadian kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Nak panjat pokok rambutan perlu gunakan tangga. Ah sudah...tangga pula ada dalam stor. Selalunya saya minta tolong dengan abah saya. Tapi hari ini perlu buat sendiri. Saya gagahkan diri untuk membawa keluar tangga besi yang agak panjang. Nasib baik tidaklah berat. 

Terus saya dirikan tangga tersebut di tepi pokok rambutan untuk memanjat. Gayat! Perkataan itu spontan keluar dari mulut. Kalau tak panjat, anak kucing tu akan tertidur dan jatuh sendiri dari dahan pokok tu. Nak tak nak kena panjat jugak tangga tu.

Fuhhhh..masa panjat tu memang tak pandang bawah. Memang rasa nak menjerit je sebab gayat. Akhirnya anak kucing dapat diselamatkan.

Daripada kejadian ini, saya dapat mengatasi kelemahan diri saya iaitu gayat. Untuk berjaya, yakin dan percaya pada diri sendiri memang perlu ada. Yakin bahawa Allah akan bantu hambaNya, asalkan ada usaha dan doa yang berterusan. Tidak ada kejayaan yang datang bergolek.


Nak tempah design/customize blog murah?




6 ulasan for "Yakin Pada Diri Sendiri Atasi Kelemahan"

  1. Tahniah sebab dapat mengatasi perasaan gayat!

    BalasPadam
  2. he he he, tahniah sebab dapat mengatasi perasaan gayat dan sentiasa yakin boleh....

    BalasPadam
  3. kejayaan paling besar adalah apabila kita berjaya atasi kelemahan diri sendiri :)

    BalasPadam
  4. singgah pagi di sini .. tk jumpe shoutbox nak tinggalkan jejakk .

    BalasPadam