Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Dia Pergi Meninggalkan Ku

Dia Pergi Meninggalkan Ku

pergi
Kredit gambar: relaksminda

Akhirnya, dia pergi meninggalkan ku buat selama-lamanya
Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana rasanya hati ini
Sedih...itu yang sedang ku rasakan tika ini
Pelbagai rasa lagi muncul...ku hanya menurut

Kau telah pergi buat selama-lamanya
Bertemu pencipta cinta yang hakiki
Kembali kau kepadaNya
Kerana masamu telah tiba

Ku tahu, syurga pasti menjadi tempat tinggal abadimu
Selamat tinggal sayangku, Zorro.

Semalam sempat bawa anak kucing saya ni ke klinik. Tapi sampai ke hari ini, tidak juga mampu menjamah sebarang makanan. Akhirnya kau pergi meninggalkan kami kira-kira jam 5.45 petang, 26 September. Umurmu baru saja menginjak ke usia 3 bulan. Apakan daya, masamu telah tiba. Setiap yang hidup pasti akan mati. Rasa kesal juga ada kerana tak mampu menjaganya sebaik mungkin. Kau dapat bertahan sehingga hari ini, itu menunjukkan bahawa kau kuat. ....Sedih sangat. Moga kau tenang di sana, Zorro.

Sayang Zorro!





3 ulasan for "Dia Pergi Meninggalkan Ku"

  1. Selamat tinggalkan zorro..abadilah kamu disana...

    BalasPadam
  2. Bertambah lah Mai...biarkan dia pergi dengan tenang dari terus menderita

    BalasPadam