Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kaitan Antara Ketawa dengan Kesihatan

Kaitan Antara Ketawa dengan Kesihatan

Anda suka tonton cerita komedi? Suka dengar cerita yang kelakar? Anda suka ketawa? . . . Ketawa menunjukkan seseorang itu tidak berada dalam keadaan sedih.

ketawa, gelak, senyum, kelakar, lawak, komedi

Apa kaitan ketawa dengan kesihatan?


Kita akan ketawa bila merasakan sesuatu perkara itu lucu atau pun ketika kita sedang menonton cerita yang lawak.

Saat berkumpul dan berbual bersama teman-teman dan keluarga juga boleh menimbulkan saat riang ketawa hingga boleh mengeluarkan air mata.

Namun, tidak ramai yang tahu ketawa merupakan satu perkara yang selain mengembirakan, ia juga baik untuk kesihatan kita!

Menurut beberapa kajian yang dilakukan, individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit.

Hal ini terjadi kerana apabila ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung akan meningkat dan kedua-dua kadar ini kemudiannya akan turun lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

Jika kita sedar, kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa dan tidak hairanlah orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami tekanan dan kemurungan.

Antara fakta lain tentang ketawa:
  • Ketawa 100 kali bersamaan dengan 15 minit senam berbasikal.
  • Ketawa mampu mengeluarkan udara di dalam paru-paru dengan kelajuan sehingga 60 mph
  • 17 otot wajah digunakan untuk tersenyum, manakala mengerutkan kening memerlukan 47 otot wajah.
  • Ketawa 17 minit sehari dipercayai memanjangkan waktu hidup selama satu hari.
  • Seseorang yang selalu ketawa memiliki risiko penyakit jantung 40 peratus lebih rendah berbanding orang yang murung.
  • Ketawa selama 10 hingga 15 minit boleh membakar banyak kalori.
  • Ketawa boleh mengurangkan tekanan, melawan jangkitan dan mengurangkan kesakitan.
  • Ketawa menggalakkan tumpuan kepada berfikiran perkara yang baik dari fikiran buruk.
  • Antibodi yang paling kuat ditemui di dalam badan ketika ketawa sepanjang masa.
  • Ketawa mengeluarkan kemarahan, ketakutan, kesalahan, kebimbangan dan ketegangan.
Mungkin ada yang tidak percaya dengan kenyataan ini tetapi, tidak salah untuk kita mencuba dan merasa sendiri nikmat ketawa itu. Semoga ia membawa kebaikan kepada kita ^^.


Sedikit selingan. . .
Jenis-jenis ketawa:

1. Ketawa orang kaya: Muahahhaahaha
2. Ketawa terbahak-bahak: Hark hark hark
3. Ketawa kebaratan: Ha ha ha ha ha
4. Ketawa sambil tutup mulut: Hi hi hi hi hi
5. Ketawa berdekah-dekah: Kah kah kah kah
6. Ketawa Pontianak: Kih kih kih kih
7. Ketawa eksyen: Ek ek ek ek ek
8. Ketawa besar: Muahhaaaaa *ketawa jin/setan*
9. Ketawa panjang: Ha ha ha ha ha ha *ambil nafas* ha ha ha ha ha ha ha
10. Ketawa orang sakit: Kih kih kih kih kih *cough* kih kih kih kih
11. Ketawa maut: Kih kih kih kih kih kih kih kih *kiok*....Neno, neno, neno (Bunyi Ambulans).
12. Ketawa lembu: koh koh koh
13: Ketawakan dia: He he he he he
14. Ketawa jimat cermat: Ahakz
15. Ketawa tak ikhlas: Hahahaahahhaaaaaaampppppppeeeeeeeehhhhhhhh
16. Hampir-hampir ketawa: heheh
17. Ketawa sambil batuk: Kui kui kui
18. Ketawa dalam mabuk: Hik hik hik
19. Ketawa ngada-ngada: hek hek hek
20. Ketawa berguling-guling macam tenggiling dalam piring: wakakakkakaka
21. Ketawa sindir: Eeh heh
22. Ketawa brutal: huargh huargh huargh!!
23. Ketawa sengih: Ngee ngee ngee
24. Ketawa babun : uk ak uk uk ak uk ak ak

Begitulah di antara jenis-jenis ketawa yang kita sendiri tidak sedar ketawa sebegitu.. kahkahkah

# Senyum dan ketawa awet muda. Jadi, lebihkan senyuman dan ketawa. Tetapi janganlah ketawa melebih-lebih, kerana terlebih ketawa membuatkan seseorang itu lupa kerana hatinya hitam. Wallahu a'alam...





3 ulasan for "Kaitan Antara Ketawa dengan Kesihatan"

  1. Good info

    BW dari Pencarian URL #18 MiaLiana

    BalasPadam
  2. ketawa dan senyum lebih mudah dari bermasam muka dan muram... lebih sihat

    BalasPadam