Panduan Supaya Tidak Sombong
Panduan Supaya Tidak Sombong
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Apa khabar anda hari ini? Moga berada di dalam keadaan baik hendaknya. InsyaAllah.
Hari ini saya nak kongsi dengan anda melalui pembacaan saya tentang sombong. Jom...
Jangan sombong sangat boleh tak? |
1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.
Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. [Surah Luqman:18]
Nabi Muhammad saw bersabda, “Dianggap sebagai takbur/sombong itu ialah menolak apa yang benar dan memandang hina kepada orang lain”. (HR Muslim).
Antara panduan yang boleh kita jadikan amalan seharian. Yela, sombong dan memandang rendah serta menghina orang lain tak akan dapat apa-apa pun. Kalau sombong, kawan pun takda kan? Lagipun kita jadi penghuni di dunia hanya seketika sahaja. Tidak perlu bangga dengan kejayaan kita. Apa yang berjaya kita kecapi hari ini, bukan untuk selamanya.
betul tu..saya sokong no2
BalasPadamSemua sementara semua pinjaman..boleh diambil semula sekelip mata..Allahu..terima kasih atas perkongsian ni..
BalasPadamSubahanlah kata-kata ini menusuk kalbu..amat menyenangi..marilah bersama2 tak sombong ya...tahnia
BalasPadampengisian yang baik sekali
ya copy ini ya nak letak di Fb pula..moga ada hikmah kpda ramai orang..
BalasPadamDan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. [Surah Luqman:18]
Nabi Muhammad saw bersabda, “Dianggap sebagai takbur/sombong itu ialah menolak apa yang benar dan memandang hina kepada orang lain”. (HR Muslim).
Good sharing. Tips yang sangag berguna.
BalasPadamJemput blogwalking: http://ainishareandcare.blogspot.com
Apa la gunanya menyombong dan meninggi diri. Kelak nanti kita akan kembali tanpa bawa apa-apa pun selain bekalan amalan
BalasPadamKata-kata al-imam al ghozali memang amatlah menyejukan hati.
BalasPadamDan ini amat meredam api kesombongan.
Sparklepush | Hati-hati...! 4 Hal Ini Penyebab Hinggapnya Sombong