Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Panduan Supaya Tidak Sombong

Panduan Supaya Tidak Sombong

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar anda hari ini? Moga berada di dalam keadaan baik hendaknya. InsyaAllah.
Hari ini saya nak kongsi dengan anda melalui pembacaan saya tentang sombong. Jom...

sombong, maisarahsidi.com
Jangan sombong sangat boleh tak?
Beberapa panduan daripada Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. [Surah Luqman:18]

Nabi Muhammad saw bersabda, “Dianggap sebagai takbur/sombong itu ialah menolak apa yang benar dan memandang hina kepada orang lain”. (HR Muslim).

Antara panduan yang boleh kita jadikan amalan seharian. Yela, sombong dan memandang rendah serta menghina orang lain tak akan dapat apa-apa pun. Kalau sombong, kawan pun takda kan? Lagipun kita jadi penghuni di dunia hanya seketika sahaja. Tidak perlu bangga dengan kejayaan kita. Apa yang berjaya kita kecapi hari ini, bukan untuk selamanya.





7 ulasan for "Panduan Supaya Tidak Sombong"

  1. Semua sementara semua pinjaman..boleh diambil semula sekelip mata..Allahu..terima kasih atas perkongsian ni..

    BalasPadam
  2. Subahanlah kata-kata ini menusuk kalbu..amat menyenangi..marilah bersama2 tak sombong ya...tahnia
    pengisian yang baik sekali

    BalasPadam
  3. ya copy ini ya nak letak di Fb pula..moga ada hikmah kpda ramai orang..
    Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. [Surah Luqman:18]

    Nabi Muhammad saw bersabda, “Dianggap sebagai takbur/sombong itu ialah menolak apa yang benar dan memandang hina kepada orang lain”. (HR Muslim).

    BalasPadam
  4. Good sharing. Tips yang sangag berguna.

    Jemput blogwalking: http://ainishareandcare.blogspot.com

    BalasPadam
  5. Apa la gunanya menyombong dan meninggi diri. Kelak nanti kita akan kembali tanpa bawa apa-apa pun selain bekalan amalan

    BalasPadam
  6. Kata-kata al-imam al ghozali memang amatlah menyejukan hati.
    Dan ini amat meredam api kesombongan.


    Sparklepush | Hati-hati...! 4 Hal Ini Penyebab Hinggapnya Sombong

    BalasPadam