Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi | Puding Jagung Lapis Biskut

Resepi Puding Jagung Lapis Biskut

Puding jagung lapis biskut mudah disediakan. Rasanya pun sedap. Ada rasa jagung manis dan biskut. Sedap!

puding jagung
Biarlah rupa takde, janji sedap..ehehe
Resepi ini adalah daripada chef terkenal, Chef Hanieliza. Jom cuba resepi ini. 

Puding Jagung Lapis Biskut

Bahan A

1 setengah cawan jagung krim
1 tin susu cair (400ml)
1 cawan air
1 cawan gula
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan marjerin

Bahan B

Biskut keju tawar secukupnya
Buah-buahan koktel di dalam tin (untuk hiasan, kalau taknak letak pun takpe)

Cara membuatnya

1. Masukkan semua bahan A ke dlam periuk dan kacau rata.
2. Masakkan sehingga kelihatan pekat.
3. Masukkan marjerin dan kacau rata sehingga kelihatan berkilat.
4. Setelah siap, sendukkan sedikit adunan dan masukkan ke dalam loyang. Ratakan.
5. Susun biskut keju tawar di atas adunan puding.
6. Sendukkan lagi adunan dan ratakan.
7. Ulangi lapisan sehingga adunan habis.
8. Sejukkan di dalam peti sejuk. Hiaskan dengan buah-buahan koktel (jika mahu)
9. Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba!


Nak tempah design?


4 ulasan for "Resepi | Puding Jagung Lapis Biskut"

  1. hye ,, resepi tu nmpak sedap ,, bley cuba nnti .. thx for sharing ^_^ btw sya dh follow blog nie .. mind to follow me back ? http://cikpinky2704.blogspot.my/

    BalasPadam
  2. sedapnyaa.. mesti lembut je kan..

    BalasPadam
  3. wahh, boleh try lepas ni. hehe

    BalasPadam