Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Khinzir

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Khinzir atau Babi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Umum mengetahui apa yang dikatakan tentang khinzir atau dalam Bahasa Melayu dipanggil babi. Binatang ini adalah haram dan pengharamannya telah ditulis dalam kitab suci Al-Quran.

Mungkin ramai umat Islam tidak tahu bahawa label bertulis 'This product contain substance from porcine', sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi'.

babi, khinzir, pork

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork: Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog: Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar: Babi liar.

5. Lard: Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon: Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham: Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow: Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk: Susu babi.

10. Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11. Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Jadi, apa yang kita perlu lakukan adalah melihat label pada bungkusan makanan dan periksa bahan-bahan yang digunakan. Kita mesti berhat-hati kerana apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita.

Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.



10 ulasan for "Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Khinzir"

  1. Asalam mari kaita jauhi..sangat merisaukan...

    BalasPadam
  2. Allahu..terima kasih atas perkongsian ni..

    BalasPadam
  3. kena tahu ni kan..tapikn kak ummul ada tgk kt tv serbuk dia pun ada digunakan utk hsilkan pinggan spt milamine tu..

    BalasPadam
  4. Pernah terjumpa org melayu jual burger tepi jalan gunakan perkataan BACON.. Terus jadi was2 walaupon tahu dia ISLAM

    BalasPadam
  5. hai... liza jejaLAN Sini...

    BalasPadam
  6. Nak tambah....
    Razorback - babi liar atau babi domestik yang hidup liar (dalam hutan)
    Pepsin - enzim, biasanya diambil dari perut babi.

    BalasPadam
  7. Terima Kasih Atas Info Yang Sangat Berguna . Maklumlah Suka Masak Suka Juga Makan. Halal itu penting

    BalasPadam