Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jom Sihat dengan Petua Imam Syafie

Jom Sihat dengan Petua Imam Syafie

Kesihatan adalah salah satu nikmat kurniaan Allah yang tidak ternilai harganya. Bagaimana kita menikmati sihat itu? Adakah kita benar-benar bersyukur dengan nikmat kesihatan ini? Atau tidak sedar dengan nikmat ini? 

Jadi, syukuri nikmat sihat ini dengan menjaganya sepenuh perhatian. Terdapat pelbagai cara untuk kita menjaga kesihatan tubuh badan. Jom sihat dengan petua Imam Syafie.
petua Imam Syafie

Empat perkara menguatkan badan:
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan:
1. Banyak bersetubuh
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata:
1. Duduk menghadap qiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata:
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi qiblat

Empat perkara menajamkan fikiran:
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

Begitulah antara petua untuk kekal sihat dari Imam Syafie. Lakukan perkara yang disuruh dan jauhi atau kurangkan perkara yang tidak baik kepada diri kita. InsyaAllah, semoga kita sama-sama dapat manfaatnya.



Catat Ulasan for "Jom Sihat dengan Petua Imam Syafie"