Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Puasa Sunat Hari Tasu'a dan Hari 'Asyura

Puasa Sunat Hari Tasu'a, Hari 'Asyura


Hari ini bertarikh 9 Muharram dan esok pula 10 Muharram. Umat Islam digalakkan berpuasa pada tarikh ini kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram itu sendiri.

Hari Tasu'a, Hari Asyura

Antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram:

  • Nabi Musa dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah daripada musuh mereka.
  • Pada hari ini juga tercatat peristiwa pahit dalam sejarah Islam iaitu pembunuhan kejam ke atas tubuh yang mulia Sayyidina Husin yang merupakan cucu kesayangan Rasulullah S.A.W di bumi Karbala. Pembunuhan yang kejam ini dilakukan oleh Syiah Kuffah bukannya oleh tentera Yazid bin Mu’awiyah sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak. Walaupun adanya mazhab Syiah yang menyatakan bahawa pada hari ini tidak boleh berpuasa kerana kita semua mesti bersedih dengan pembunuhan Sayyidina Hussin pada 10 Muharram. Kita jawab balik kepada pendapat mereka bahawa kita semua disunatkan berpuasa pada setiap hari Isnin sedangkan pada hari Isnin merupakan hari kewafatan junjungan besar Muhammad S.A.W yang lebih besar kesedihannya tetapi kita semua tetap berpuasa sunat pada hari tersebut.

Kenapa berpuasa sunat Hari Tasu'a (9 Muharram)?

Tasu'a yang berasal daripada perkataan Tis'ah bermaksud sembilan dalam Bahasa Arab. Ulama’ berpesan agar kita turut berpuasa pada hari kesembilan Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari kesepuluh Muharram. Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana pada 10 Muharam adalah hari Nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang zalim.

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya hari ini (‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara.” Maka Baginda bersabda: “Sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan , pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram).” (Riwayat Imam Muslim)

Sabda Rasulullah SAW: Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi. – Riwayat Al Baihaqi.


Bagaimana jika terlepas puasa sunat Hari Tasu'a?

Ambil sehari selepas 10 Muharram bersama, seperti... pada 10 Muharram dan 11 Muharram.

Rasulullah SAW bersabda: “Puasalah kamu pada Hari ‘Asyura dan selisihilah orang-orang Yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya dan sehari setelahnya.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqy r.a.)


Kelebihan Puasa Bulan Muharram

Kelebihannya dilihat melalui beberapa hadis Rasulullah SAW.:

1. Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)

2. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya. (Hadis riwayat Ibni Abbas)

3. Rasulullah SAW bersabda: “Tiga hari daripada setiap bulan dari satu Ramadan kepada satu Ramadan yang berikutnya adalah menyamai ganjaran berpuasa sepanjang tahun. Berpuasa pada hari 'Asyura juga dihitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang berlalu.” (Hadis riwayat Muslim).

4. Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari 'Asyura (10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)

5. Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat mengampunkan dosa setahun yang lalu.” (Riwayat Imam Muslim)

Pelbagai fadhilat atau kelebihan yang Allah kurniakan kepada hambaNya. Jadi, jom berpuasa sunat Hari Asyura esok.

Niat Puasa Bulan Muharram (Puasa ’Asyura)

Niat puasa Hari Tasu'a

Niat puasa Hari Asyura


Semoga kita bersama mendapat merasa kelebihan dan keberkatan daripada Allah atas puasa kita ini kerana-Nya InsyaAllah.


Entri dikemaskini pada 19 September 2018.


Kredit kepada Shafiqolbu

10 ulasan for "Puasa Sunat Hari Tasu'a dan Hari 'Asyura"

  1. Selamat berpuasa kepada yang berpuasa sunat hari ni.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillahh.. Semoga puasa kita hari ni diberkati Allah

    BalasPadam
  3. Subhanallah..moga setiap amalan baik kita diterima Allah..

    BalasPadam
  4. Good sharing Mai. Semoga kita beroleh keberkatanNya amin

    BalasPadam
  5. Akak baru ni sempat ni baca perkongsian awak. Thank you for sharing
    Tips Dan Panduan Untuk Mulakan Bisnes Homestay

    BalasPadam