Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tambah Harta dengan Bersedekah

Tambah Harta dengan Bersedekah

Amalan bersedekah, selalu dipandang remeh. Tapi tahukah kita bahawa sedekah tidak mengurangkan harta? Malah amalan ini menambahkan lagi harta kita. 

sedekah, harta

Bagaimana harta kita bertambah dengan amalan bersedekah? Konsepnya mudah sahaja. Apa yang kita beri, kita akan dapat semula. Benarkah begitu? Satu contoh mudah, kita hulurkan sedikit makanan kepada kucing yang bersungguh-sungguh meminta kepada kita. Kerana makanan itu, kucing tersebut mendoakan kita atau ia menjadi penyelamat kita di akhirat kelak.

Nampak mudah bukan? Tetapi sukar kita untuk lakukannya.

Rasulullah salallahu alaihi wasallam bersabda:

"Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidaklah seseorang hamba yang mudah memberi maaf melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Tidaklah seseorang bertawaduk kerana Allah melainkan Allah akan meninggikan darjatnya" (Muslim no.2588)

Sedekah adalah satu amalan mulia. Bersedekah dapat mengurangkan beban bagi yang memerlukan. Sedekah juga adalah 'harta' yang menjadi bekalan untuk dibawa ke akhirat. Bukan dengan manusia sahaja kita boleh bersedekah, haiwan juga tidak terkecuali. Terdapat pelbagai cara untuk kita bersedekah. Tiada had. Orang kampung saya cakap 'no limit'. Bersedekah bukan semata-mata dengan mengeluarkan wang ringgit sahaja.  Terdapat pelbagai cara yang boleh dipraktikkan. Senyum adalah sedekah yang paling mudah dilakukan. Mudah dan cepat. Cepat dapat pahala. InsyaAllah. 

Jom gandakan amalan bersedekah dengan niat kerana Allah.  InsyaAllah, Allah akan utuskan nikmat dan rezeki yang tidak disangka kepada kita.



3 ulasan for "Tambah Harta dengan Bersedekah"

  1. Terima kasih atas perkongsian yg sangat bagus :)

    BalasPadam
  2. insahaAllah memberi dengan cara sunyi atau tak diketahui orang..inshaAllah..

    BalasPadam
  3. banyakkan senyuman pagi-pagi. boleh menarik rezeki juga tu.

    BalasPadam