Tenangkan Hati dengan Mengingati Allah
Tenangkan Hati dengan Mengingati Allah
Anda klik, anda dengar, anda ikut...insyaAllah kesannya anda akan rasa sendiri.
Di kala hati gundah gulana, sedih, marah dan sebagainya, apa kata kita tenangkan hati dengan zikrullah. Yang paling penting adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah subhanahu wa taa'la. Tidak mengira waktu dan di mana sahaja kita boleh mengalunkan zikir.
Anda tertekan di tempat kerja? Bosan menunggu seseorang? Sering merasa tidak cukup dengan rezeki? Sedang marah, bersedih atau jiwa kacau? Basahkanlah lidah dengan zikrullah. Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Sebagaimana firman Allah subhanahu wa taa'la:
Surah Ar-Ra'd: 28 |
Jadi jom rebut peluang yang terbuka luas ini dengan berzikir lebih-lebih lagi pada hari Jumaat yang mulia ini. Ketenangan hati dan ketenteraman jiwa adalah salah satu nikmat yang Allah berikan pada hambaNya. Walaupun hidup dilimpahi harta yang tidak akan habis sehingga tujuh keturunan, jika hati kita mati daripada mengingatiNya sudah pasti resah dan gelisah menjadi peneman diri. Jadi, hidupkan hati dengan zikrullah.
.
Antara kelebihan berzikir:
Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita. Ingat dan mohonlah kepadaNya.
asalam Mai..apa khabar..sejuk hati membacanya...semoga di murahkan rezeki ya, terima kasih bantuan ikhlas
BalasPadamsesekai tu datang lah ke laman Etuza..blog kampung ja tu..
BalasPadamperkongsian yg sgt bagus... terima kasih :)
BalasPadam