Tuntut Ilmu dari Buaian Sehingga ke Liang Lahad
Tuntut Ilmu dari Buaian Sehingga ke Liang Lahad
Ilmu. Ada apa dengan ilmu?
Dengan ilmu, daripada kurang cerdik akan menjadi lebih cerdik dan berakal.
Dengan ilmu, kita tidak mudah diperbodohkan.
Dengan ilmu, kita dekat denganNya.
Dengan ilmu, kita tidak mudah ditipu.
Dengan ilmu, kita dapat memajukan diri.
Dengan ilmu, kita dapat bantu orang lain.
Dengan ilmu, hidup akan menjadi senang.
Dengan ilmu, kita dapat kembangkan ilmu itu.
Dengan ilmu, bahagia menanti di akhirat kelak.
Dengan ilmu, segala-galanya mungkin berlaku.
Menuntut ilmu wajib ke atas setiap orang Islam. Mengapa? Dengan ilmu kita dapat jaga agama Islam daripada ditindas oleh musuh yang sentiasa mencari peluang untuk runtuhkannya. Sebaik-baik ilmu adalah bersama agama.
Tanpa ilmu, mungkin susah untuk kita menghadapi dunia yang semakin mencabar ini. Ilmu adalah cahaya yang memandu kehidupan kita. Namun jika kita miliki ilmu jangan lokek untuk berkongsi dengan yang lain dan amalkan ilmu itu. Amat rugi jika ilmu yang telah dipelajari, dibiarkan begitu sahaja tanpa amal. Seperti kata pepatah Arab, ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah. Ini bermaksud, kita punyai asasnya iaitu ilmu tetapi jika tidak diamalkan mana mungkin ilmu yang kita ada itu akan bertambah atau meluas dan diri kita juga akan kekal berada di takuk lama.
Kesimpulannya, ilmu amat penting dalam kehidupan seharian. Tuntutlah ilmu sejak dari buaian sehingga ke liang lahad. Jangan pernah kata 'aku tidak cukup masa untuk belajar'.
Ilmu bukan pada pointer, tetapi pointer ada pada ilmu.
Tuntutlah ilmu kerana Allah.
betul tu kak, makin kita belajar makin kita tak tahu sebenarnya, lemahnya kita. :p
BalasPadambetul tu kak, makin kita belajar makin kita tak tahu sebenarnya, lemahnya kita. :p
BalasPadamJangan berhenti untuk belajar
BalasPadamyg membezakan seseorang dgn yg lain adalah dgn ilmu..
BalasPadamBetul tu. Jangan pernah berhenti mencari ilmu..
BalasPadam