Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Baca Surat Cinta Bila Rindu

Baca Surat Cinta Bila Rindu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga berada dalam keadaan yang baik hendaknya. Cess..Ayat format karangan surat tak rasmi keluar pulak dah..

surat cinta, al-Quran
Kredit foto: www.kompasiana.com
Rindu..bila sebut rindu, macam-macam jenis rindu bermain di otak kita. Ada yang rindukan zaman kanak-kanak dan muda remaja, rindu dengan seseorang yang jauh di mata tapi dekat di hati dan dan lain-lain lagi. Kalau rindu pada seseorang, agak2 dia rindu kita juga tak? Bila rindu seseorang, baca surat cinta, kiriman SMS, tengok gambar dia..korang buat macam tu tak? hehehe

Selama kita hidup di dunia ini, pernah tak kita terfikir tentang pencipta diri kita? Yang memberi apa sahaja yang diminta. Rindukah kita dengan Dia, Allah subahanahu wa taa'ala? Apakah perbuatan kita selama hidup ini keranaNya? Allahu...

Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang telah mengutuskan 'surat cinta' berupa al-Quranul karim kepada hambaNya. Dengan membaca isi al-Quran dan mengamalkannya, insyaAllah gelisah di hati semakin menghilang pergi. Pahala pun Allah bagi dengan membacanya. Betapa sayangnya Allah kepada hambaNya. Cinta yang tiada penghujungnya.

Apabila kita susah hati, runsing dengan masalah yang melanda dan pelbagai dugaan lagi, kepada siapakah kita tuju yang pertama? Letaklah Allah yang pertama di hati kita. InsyaAllah segala yang baik akan datang kepada kita.

Semoga saya, saya, saya dan kita semua sama-sama memperbaiki diri setiap masa. Semoga Allah mendengar setiap doa hambaNya.





#SURATCINTA nyanyian Inteam

1st Verse
Telah ku terima surat-Mu,
Yang telah Kau utus dahulu,
Ayat-ayat cinta dari cahaya-Mu,
Menyelimuti seluruh hati ku...

2nd Verse
Telah ku terima surat-Mu,
Yang telah Kau utus dahulu,
Berulang-ulang kali di fikiran ku,
Betapa Kau mencintaiku...

Pre - Chorus
Pastinya… bila ku merindu pada-Mu,
Surat-Mu kan ku baca selalu...

Chorus
Ku harap Kau akan menyebut nama ku,
Detik ku rindu,
Saat ku baca surat-Mu...
Hidupkanlah hati ini selalu,
Dengan kalimah-Mu,
Kalimah cinta teragung...

3rd Verse
Telah ku terima surat-Mu,
Yang telah Kau utus dahulu,
Ayat-ayat cinta dari cahaya-Mu,
Sesegar bumi syurga hatiku...

Pre-Chorus
Pastinya… bila ku merindu pada-Mu,
Surat-Mu kan ku baca selalu...

Chorus
Ku harap Kau akan menyebut nama ku,
Detik ku rindu,
Saat ku baca surat-Mu,
Hidupkanlah hati ku ini selalu,
Dengan kalimah-Mu,
Kalimah cinta teragung...

Bridge
Sungguh makna cinta-Mu tiada penghujung,
Surat-Mu kan ku baca selalu...

Chorus (step-up)
Ku harap Kau akan menyebut namaku,
Detik ku rindu,
Saat ku baca surat Mu...
Hidupkanlah hatiku ini selalu,
Dengan kalimah Mu,
Kalimah Cinta Teragung...



4 ulasan for "Baca Surat Cinta Bila Rindu"

  1. salam, betul tu surat cinta tu penawar :D

    BalasPadam
  2. surat cinta dr Allah..indahnya :) ^_^ JANGAN LUPA DAPATKAN BUKU SERENITY BY SYIRA LOKMAN ! FREE POSTAGE DAN HADIAH MISTERI (TERHAD).
    JOM TERJAH BLOG SYIRA :D

    BalasPadam
  3. terima kasih share lagu best ni eheheh <3

    BalasPadam
  4. surat cinta terbaik..Allahu..

    BalasPadam