Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Bahaya Minuman Berkarbonat yang Diremehkan

Bahaya Minuman Berkarbonat Terhadap Kesihatan

Memang telah diketahui umum bahawa air berkarbonat yang juga disebut sebagai minuman bergas adalah bahaya terhadap kesihatan kita. Tapi kini ramai yang mengambil minuman ini sebagai minuman harian. Mungkin disebabkan harganya yang murah, rasa atau warna yang menarik membuatkan seseorang itu suka dan ketagih dengan air ini.


Ketagih dengan air berkarbonat? Ya, memang ada yang ketagih dengan air ini. Diingatkan sekali lagi, air berkarbonat bahaya terhadap kesihatan.

Apa yang membuatkan minuman berkarbonat ini memberi kesan buruk kepada kita?
  • Minuman berkarbonat mengandungi asid fosforik yang mengurangkan penghasilan kalsium dan magnesium. Kekurangan dua nutrien penting ini akan menyebabkan sistem imunisasi tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik. 
  • Minuman berkarbonat juga mengandungi kandungan gula yang amat tinggi dan juga bahan radikal bebas yang akan meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan kerosakan tisu kulit. 
  • Botol plastik mengandungi bahan kimia yang dipanggil bisphenol A (BPA). Bahan kimia ini amat mudah diresapi oleh minuman berkarbonat yang akan menyebabkan proses tumbesaran terbantut. 
  • Minuman berkarbonat juga mengandungi sejenis asid yang mampu menghakis usus perut seseorang peminumnya untuk jangka masa panjang.
Mungkin ada yang berkata, "Tak mati pun minum air bergas ni, kalau nak mati tu, dah ajal kan". Apabila bercakap soal mati tiada siapa yang boleh menghindari perkara ini. Semua yang hidup pasti merasai mati. Apa yang penting adalah mencegah sebelum terlambat.

Awas jika ketagih dengan air berkarbonat ini. Pelbagai penyakit datang tanpa kita sedari. Berfikirlah sebelum membeli. Cegah sebelum terlambat. Banyak makanan sihat yang lain lagi boleh kita ambil.


17 ulasan for "Bahaya Minuman Berkarbonat yang Diremehkan"

  1. alhamdulillah la...
    diri ini jarang² sekali minum...

    BalasPadam
  2. Info yang menarik...dah la selalu minum air berkarbonat

    BalasPadam
  3. Ena kalau minum mesti tak habis.. Tak minat sangat air karbonat ni..

    BalasPadam
  4. ye betul tuh, tak elok untuk kesihatan. kencing manis

    BalasPadam
  5. jarang sangat dah minum, tapi 100 plus minum jugak, masa demam dan sakit kepala

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah dah dekat 3 bulan tak minum air gas langsung.. padahal sebelum ni bukan main hantu Pepsi tu..!! hehehehee.. semoga berterusan lah perubahan ni.. :)

    BalasPadam
  7. tapi sedap T_T
    huhuhu nasibaik minum sebulan beberapa kali je eheheheheh

    BalasPadam
  8. sesekali ada jugalah minum..tapi dah kurang sangat..sebab dah tau tak elok....

    BalasPadam
  9. huhu. . .sometimes minum =D

    BalasPadam
  10. Dah tahu air tu bahaya..
    Tapi kekadang tetap minum jugak..
    Hehee

    BalasPadam
  11. So far alhamdulillah...takde la ketagih ke ape...tapi kadang masa teringin minum jugak laa..hihihi :D

    BalasPadam
  12. Saya pernah gastrik sampai tisu perut koyak di hakis. Sb dlu everyday saya minum coca-cola. Alhamdulillah, lepas tu dh tak minum sangat huhu

    BalasPadam
  13. jemput singgah ke second blog yanie http://secondblogimpianacikyaanie.blogspot.my/ :)

    BalasPadam
  14. http://secondblogimpianacikyaanie.blogspot.my/

    BalasPadam
  15. alhamdulillah,, tengs for sharing ;)

    BalasPadam
  16. wawa tak suka minum air karbonat ni..")

    BalasPadam
  17. Dulu suka minum air gas. Now dah kurang sikit. hehe

    BalasPadam