Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tentang Kahwin

Tentang Kahwin dan Nikah

Kahwin.. rata-rata ramai yang suka dengan perkataan ini. Namun, ramai juga yang 'terasa' atau tersentap dengan perkataan ini.

kahwin, nikah, hantaran

KAHWIN HANTARAN MURAH : "Ish! murahnya hantaran dia, ni mesti sengkek ni!"

KAHWIN HANTARAN MAHAL : "Ish! mahalnya? Nak jual anak apa?"

KAHWIN UMUR MUDA : "Ish! muda-muda dah kawen, ini mesti ade buat benda tak baik ni... entah-entah dah termengandung!"

KAHWIN UMUR LAMBAT : "Ish! dah tua baru nak kawen, tu la muda-muda tak nak kawen, orang dah beranak-pinak dia baru nak kawen... tak laku kot!"

KAHWIN BUAT MAJLIS KECIL : "Ish! ni kawen ke ape? Kedekutnya, makanan pun entah pape bukan selalu, buatlah besar sikit!"

KAHWIN BUAT MAJLIS BESAR : "Ish! besarnye majlis... kalah anak DATUK. Nak berlagaklah tu, macam anak die je nak kawen kat dunia ni!"

KAHWIN DUA: "Gatal sangat kot tu.. entah-entah bini yang pertama dibiarkan macam tu je".

Bersangka baiklah, jangan mendengar kata-kata negatif orang lain. Kuatkan mental.  Apa yang penting adalah taati suruhan dan perintah Allah. Segala-galanya akan menjadi mudah dan kebahagiaan akan tiba dengan hidup berlandaskan hukum Allah. 

Saya yang berbicara soal kahwin ini masih belum punya pengalaman. Belum tempuhinya lagi. Apa pun saya pasti, sebelum bernikah sepatutnya sudah mula belajar tentang kehidupan selepas nikah. Asas yang paling utama adalah agama, penting sebagai penunjuk arah dalam pembinaan keluarga Islam. Kahwin dan nikah ini bukanlah seindah cerita novel dan drama cinta yang mengaburi mata kita. 

Kahwin juga bukanlah sekadar suka-suka tetapi untuk kita lebih dekat dengan Allah. 1001 rahsia Allah sediakan di sebalik perkahwinan. Segala susah senang dan suka duka, tempuhilah bersama pasangan. Moga saya juga akan seperti itu nanti.

Semoga setiap insan yang belum ataupun yang sudah berkahwin dikurniakan pasangan yang memahami dan melengkapi diri. Jangan susahkan perkara yang mudah. InsyaAllah, Allah akan sentiasa bantu hambaNya.

“Kalau kita kahwin sebab nak puaskan nafsu, kita akan jemu. Tapi, kalau kita kahwin kerana TAQWA, kita takkan jemu..” - Adnin Roslan, Penulis buku Tarbiah Sentap.



9 ulasan for "Tentang Kahwin"

  1. Betul tu.. Mulut manusia tak pernah berhenti mengata.. So kita just buat benda yg diredhai Allah tnp menghiraukan apa org nk katakan

    BalasPadam
  2. Manusia takkan pernah behenti bicara kerana mereka mahukan kesempurnaan.sabar saje. Kita ni. Tak kawen pun org tye. Sabr jelah kite

    BalasPadam
  3. manusia x pernah berpuas hati. memang x bole ikut sangat cakap orang

    BalasPadam
  4. mcm mcm persepsi org nak nilai majlis kita kan. buat la yg trmampu. biar apa org nk kata. yg pnting kta bahagia. hehe. kan

    BalasPadam
  5. ye betul..kumpul ilmu banyak2 tentang perkahwinan ni..jangan diikutkan sangt cakap orang..orang tanya pasal kawen ,dah kita gelabah nak kawen cepat2 sebab malas dengar cakap orangyang asyik tanya pasal kawen..

    BalasPadam
  6. manusia mmg tak pernah puas berkata kata k.mai. pedulikan sajaaa

    BalasPadam
  7. Biar tersalah bersangka baik, jangan tersalah bersangka buruk. :)

    BalasPadam
  8. betul betul, kawen bukan seindah novel...tp dlm novel pun still ade suka duka kan, cuma dlm kehidupan lebihh mncabar ~

    alang-alang tuh, jom join GA novel ni, hehehe~

    http://nonasani.blogspot.my/2015/11/giveaway-cinta-by-cn.html

    BalasPadam