Pernah Terlupa Bilangan Rakaat dalam Solat?
Terlupa Bilangan Rakaat dalam Solat
Pernah berlaku antara kita yang "TERLUPA BILANGAN RAKAAT' terutamanya ketika solat 4 rakaat, Nabi SAW telah mengajar kita bagaimana hendak mengatasi masalah tersebut di dalam hadis baginda daripda Abdurrahman bin 'Auf*.
- Jika dia tidak memilik keyakinan sama ada dia berada di dalam rakaat ke 3 atau 4 (dalam solat Zohor, Asar, Isyak) rakaat ke 2 atau 3 (dalam solat Maghrib) rakaat pertama atau ke 2 (dalam solat subuh) maka perlulah dia memilih rakaat yang paling sedikit. (memilih rakaat yang berwarna merah).
- Sesudah dia memilih rakaat yang sedikit, maka perlulah dia meneruskan solatnya seperti biasa sehingga tasyahhud akhir.
- Apabila sudah selesai melakukan tasyahhud akhir maka perlulah dia melakukan sujud sahwi (sujud sebanyak 2 kali) sebelum memberi salam. Sesudah melakukan sujud sahwi barulah boleh dia memberi salam seperti biasa.
- Tiada bacaan khusus di dalam sujud sahwi. Diam atau membaca tasbih atau membaca seperti sujud biasa sudah memadai.
*Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam Musnadnya-hadis no:1656 (Jld.1,ms.190)
Perasaan was-was yang mengganggu ibadah adalah gangguan fikiran dan syaitan. Hindarkan jiwa dari melayannya. Ini kerana melayannya bererti mengikut kehendak syaitan yang cuba menghilang fokus seseorang kepada ibadah dan cuba menjadikan seseorang itu akhirnya bosan, bimbang dan jemu dengan ibadah. Para ulama seperti Ibn Jauzi (meninggal 597H), Ibn al-Qayyim (meninggal 751H) dan ramai lagi sejak dahulu menulis dalam berbagai karya untuk membenteras penyakit yang buruk ini.
Al-Quran menceritakan bahawa senjata was-was ini jugalah yang digunakan oleh Iblis sehingga membawa Adam melanggar arahan Allah. Firman Allah: (maksudnya) “Setelah itu maka syaitan telah mewas-waskan kepada Adam dengan berkata: “Wahai Adam, Mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap? Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu dia tersalah jalan.”(Surah Taha: 120-121)
Sumber: drmaza.com

pernah ! fikir dunia banyak sanagt . Allah Allah .
BalasPadamEna selalu tak yakin dengan tasyahud awal.. Selalu bila habis solat terfikir, "tadi dah buat ke tak tasyahud awal"..
BalasPadamBetul tu.. Ambik rakaat paling sikit.. ddan sujud sahwi sebelum tahiyat..
BalasPadamnice sharing. baru tahu ni
BalasPadamPernah jugak.. huhuu
BalasPadamThanks untuk perkongsian kak (=
asalam mai semoga kita terhindar dari di lalaikan oleh iblis laknatullah. Amin
BalasPadampernah terjadi pd aida.
BalasPadamselalu la jugak.
kena tingkatkan khusyuk.