Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Permohonan Program Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik Ambilan Januari 2016

Permohonan Program Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik Ambilan Januari 2016

Keputusan peperiksaan PT3 bagi tahun 2015 sudah pun diumumkan. Tahniah dan berjaya diucapkan kepada pelajar yang berjaya mencapai target masing-masing. Apa sekalipun, jangan mudah mengalah. Jadikan keputusan PT3 ini sebagai langkah permulaan untuk lebih berjaya pada peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) nanti.

Ada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh. Ada yang setia dengan sekolah lama mereka. Kejayaan tidak mengira tempat kita belajar, asalkan diri sendiri punyai semangat dan bersungguh-sungguh dalami ilmu.

mohon sekolah teknik 2016

Permohonan Program Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik Secara Online

Kepada pelajar yang berminat dengan pendidikan teknik dan vokasional, boleh mendaftar untuk kemasukan kolej vokasional dan sekolah menengah teknik ambilan Januari 2016.

Untuk memohon kolej vokasional dan sekolah menengah teknik secara online, sila klik pautan yang disediakan.

Permohonan berdasarkan Aliran Murid Tingkatan 3 2015:
Di laman tersebut disediakan dengan pelbagai pautan seperti institusi dan kursus yang ditawarkan, syarat permohonan, carta alir permohonan, info kursus dan juga panduan permohonan.

Untuk makluman semua, tarikh akhir permohonan adalah pada 20 DISEMBER 2015, 11:59 PM.

Ramai rakan-rakan saya yang dahulunya belajar di sekolah teknik berjaya kecapi cita-cita mereka kini. Anda juga boleh ubah masa depan. Pilihan di tangan anda. 


2 ulasan for "Permohonan Program Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik Ambilan Januari 2016"

  1. Infor yang dalam minda Etuza nak buat di blog, boleh ambil maklumat kan mai..tq ya

    BalasPadam
  2. sng skrg ni yek.. dlu isi borang.. skrg online je Jom baca entri : Blog Nurfuzie Dot Com di Utusan Malaysia

    BalasPadam