Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

DIY Hadiah Unik dengan Printcious.com

DIY Hadiah Unik dengan Printcious.com

Dapat hadiah daripada tersayang merupakan salah satu momen terindah dalam hidup. Tambah pula jika hadiah itu lain daripada yang lain. Memang akan diingati sampai bila-bila.

Bagi saya hadiah peribadi ini adalah hadiah yang direka sendiri dan unik oleh pemberi dan pastinya dapat membuat penerima tersenyum dengan hadiah tersebut. Hadiah peribadi adalah pilihan yang terbaik untuk mereka yang ingin mendapatkan hadiah yang unik dan mempunyai makna yang istimewa kepada penerima.

Jom jadi kreatif  dengan Printcious.com! Printcious.com merupakan saluran yang paling sesuai untuk membuat hadiah peribadi dihadiahkan kepada orang-orang yang disayangi.

Pening nak cari hadiah? Nak hadiah lain daripada yang lain dan menjadi hadiah teristimewa buat si penerima? Jom ke Printcious.com. Macam-macam hadiah yang kita boleh reka sendiri dengan Printcious.com.

Oops. Siapa Printcious.com?

Printcious

Mereka menyediakan perkhidmatan percetakan di lebih daripada 200 barangan hadiah DIY seperti T-shirt, mug, puzzle, sarung telefon, bantal, tetikus, jubin seramik, rantai kunci dan lain-lain dengan gambar anda dan kata-kata khas yang sesuai untuk semua majlis pemberian hadiah seperti hari jadi, perkahwinan, tamat pengajian, ulang tahun atau acara-acara korporat.

Hidup jadi mudah dengan printcious.com! Mereka menawarkan alat reka bentuk dalam talian untuk pelanggan untuk menyesuaikan hadiah mereka dengan gambar-gambar indah mereka dan mesej. Ia semudah ABC!

A. Anda pilih hadiah
B. Upload gambar pilihan anda
C. Masukkan teks anda

Sangat mudah kan?

Salah satu hadiah DIY, jubin seramik hadiah untuk sahabat. Boleh tukar gambar dan teks pilihan anda.
Pereka grafik mereka bersedia membantu pelanggan dengan bayaran sangat berpatutan. Dan yang pastinya harga hadiah yang ditawarkan kepada pelanggan amat berpatutan!

Kenapa perlu ke Printcious.com?

  • Harga berpatutan - Mug yang dicetak dengan gambar dan teks pilihan anda hanya RM28. Murah kan? Nak tempah satu je pun boleh.
  • Dapat digunakan - Contohnya: t-shirt, boleh dipakai. 
  • Selesa dan mudah - Platform atas talian (online) dan aplikasi mudah alih (akan dilancarkan) memudahkan pelanggan untuk ubah suai hadiah.
  • Dapat menjadi kenangan - Gambar yang dicetak menjadi puzzle menjadi tanda ingatan istimewa buat si penerima.

Tak rugi anda ke Printcious.com. Pasti rambang mata nak pilih hadiah yang terbaik untuk yang tersayang :). Tunggu apa lagi, jom ke Printcious.com sekarang. Jadikan hadiah anda hadiah yang terbaik dan sentiasa diingati selari dengan tagline mereka iaitu 'Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart’.


1 ulasan for "DIY Hadiah Unik dengan Printcious.com"