Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Hidupkan Hati dengan Iman

Hidupkan Hati dengan Iman

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Jumaat, penghulu segala hari.
Jom banyakkan selawat ke atas pemberi syafaat kepada kita, Baginda Nabi Muhammad.

Emm... Pernah rasa hati seolah-olah kosong? Mood tak menentu, macam-macam perkara kita dah buat untuk gembira dan puaskan hati tetapi hati tetap rasa kosong. Pernah tak?

Kredit foto: wazakkirr.b.c
Seorang ustaz di majlis pengajian yang saya hadiri berkata bahawa hati itu kosong kerana jauh dari Tuhan. Hati terlalu memikirkan hal dunia, masalah yang kita anggap tiada solusinya dan seumpamanya. Allahurabbi..

Ustaz menambah lagi, carilah kerja yang bagus dan berpangkat besar, harta yang banyak, tuntut ilmu sampai ke negara orang dan lain-lain lagi bukan untuk bangga diri tapi carilah kerana Allah. Kerja bagus sebab nak bantu negara. Harta yang banyak dapat bantu orang yang memerlukan. Ilmu yang ada untuk disebarkan dan diwarisi. Apabila sudah ada ilmu di dada, jangan dipisahkan dari Islam. Hati jangan dibiarkan jauh dari Allah. Isi hati dan jiwa dengan iman supaya bersih.

Semoga niat kita kerana Allah membantu kelancaran urusan kita untuk beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Dengarkan 'Selalu Bersama' paduan suara Imam Muda Nazrul & Imam Muda Fakhrul ft. Fakhrul UNIC


Seorang mukmin belum mengerti hakikat iman; hingga terasa baginya, bahawa waktu yang dipunya lebih berharga dari segala harta.
{Ibn Mas'ud}


2 ulasan for "Hidupkan Hati dengan Iman"

  1. Jemput join . http://littlestory-in-smallworld.blogspot.my/2016/02/first-giveaway-by-nadia-syamimi.html

    BalasPadam
  2. BW sini. Jemput join . http://littlestory-in-smallworld.blogspot.my/2016/02/first-giveaway-by-nadia-syamimi.html

    BalasPadam