Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kurma Dapat Mengelakkan Sihir?

Kurma Dapat Mengelakkan Sihir

KURMA? Ada apa padanya? Apa kelebihannya?

Sepertimana yang telah diketahui, kurma adalah buah yang memiliki pelbagai kebaikan serta khasiatnya. Kurma juga dikatakan dapat memelihara kita daripada sihir. Benarkah begitu?
kurma, ramadhan, puasa,
Kurma (kredit gambar)
Sesiapa makan 7 biji kurma ajwa setiap pagi maka terpeliharalah dia pada hari itu dari racun atau sihir. [1]

Penjelasan:

Keistimewaan kurma ajwa dibandingkan dengan lain-lain jenis kurma adalah kerana berkat petunjuk dan pengkhususan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam ke atasnya. Demikian juga sebagaimana baginda telah mengkhususkan jumlah 7 biji di setiap pagi. Keberkatan juga mungkin berasal dari keistimewaan tanah Madinah yang menjadi tempat khas pokok-pokok kurma ajwa.

Berkesan atau tidak kurma ajwa ke atas racun dan sihir bergantung kepada izin Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebagaimana berkesan atau tidaknya sesuatu sihir itu adalah dengan izin Allah jua. Firman Allah:

Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorangpun melainkan dengan izin Allah. [al-Baqarah 2:102].

Oleh itu bagi mengamalkan ayat di atas hendaklah seseorang itu memakan kurma ajwa dengan perasaan penuh harapan akan kurnia Allah, rendah diri akan kekuasaan Allah untuk memelihara dan menyembuh, dan bertawakal sepenuhnya akan keputusan Allah terhadap dirinya.

Adakalanya kurma ajwa tidak berkesan kepada orang yang memakannya kerana terdapat bisikan kecil di dalam hatinya yang ingin menguji dan mencabar sama ada benar atau tidak sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Bisikan inilah yang sebenarnya menghilangkan keistimewaan kurma ajwa.

[1] Sahih: Hadis daripada Sa‘ad bin Abi Waqas radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan lain-lain, lihat Sahih al-Bukhari – no: 5769 (Kitab Tibb, Bab Pengubatan sihir dengan kurma ajwa).


6 ulasan for "Kurma Dapat Mengelakkan Sihir?"

  1. subhanallah... mmg apa pun yang disunahkan nabi tu, terbukti ada banyak kebaikannya..

    BalasPadam
  2. Sunnah nabi jugak makan kurma ni. Dulu masa belajar kalau saya makan makan, atau malas sahur masa puasa, memang mama sekalu suruh makan kurma.

    Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. ooo baru paham.. kalau ragu2 akan hilang la ye

    BalasPadam
  4. erm... perkongsian yg bgus sis... mmg makanan sunnah byk khasiatkan

    BalasPadam
  5. wahhh yang lastt sekali punya paragraph menggerunkan. bila ada bisikan bisikan tu kan perghh baru tahu. nice sharing kak mai :)

    BalasPadam