Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pengalaman Gigi Bongsu Dibedah di Klinik Pergigian Kerajaan

Pengalaman Gigi Bongsu/Geraham Bongsu Dibedah

Alhamdulillah, hari ini 23 Mac 2016, gigi bongsu atau geraham bongsu yang tumbuh di sebelah kiri bawah, selamat dibuang melalui satu pembedahan kecil. Gigi bongsu atau wisdom tooth saya telah dibedah di Klinik Pergigian Kerajaan.

gigi bongsu

Pembedahan gigi ini telah dilakukan oleh doktor gigi di Klinik Pergigian Pekan Kuala Kangsar. Saya tidak perlu ke hospital besar seperti yang pernah diceritakan dalam entri sebelum INI

Sebelum ini, doktor telah mengingatkan saya supaya makan terlebih dahulu sebelum pembedahan dilakukan. Temujanji bersama doktor gigi bermula seawal jam 10 pagi. Walaupun tarikh temujanji telah ditetapkan, tetap kena datang awal juga kerana ramai pesakit datang pada waktu pagi. Berdegup laju jantung ni sementara menunggu giliran. Nebes ooo.. 

Apabila nombor giliran saya dipanggil, terus masuk ke bilik rawatan. Rasa nak keluar balik je... Sebelum pembedahan untuk mengeluarkan gigi bongsu dibuat, doktor menerangkan serba sedikit tentang pembedahan gigi bongsu kepada saya. Menurut doktor tersebut, gigi bongsu saya tumbuh melintang atau dalam bahasa dentistry dipanggil 'Horizontally Impacted 38', 38 tu nama bagi gigi bongsu. Terdapat sedikit ruang antara gigi bongsu dan geraham kekal, jadi memang perlu dibuang untuk elak sisa makanan terkumpul dan jangkitan bakteria. Kedudukan gigi bongsu saya juga terlalu rapat denagn geraham kekal. Doktor membuat lakaran ringkas gigi bongsu saya. Gigi bongsu saya perlu dibahagikan kepada 4 bahagian dan ada tulang yang perlu diubah supaya mudah proses keluarkan gigi bongsu nanti. Ubah tulang? Tak tau tulang mana kena ubah tu. Saya serahkan kat doktor je la.

Doktor juga beritahu, terdapat beberapa kesan yang akan saya alami selepas pembedahan ini. Antaranya ialah rasa sakit selama beberapa hari, pipi bengkak kesan daripada bius dan saraf (mungkin ambil masa beberapa hari untuk surut) dan pendarahan akibat pembedahan.

Untuk makan dan minum, boleh makan dan minum seperti biasa selepas 3-4 jam selepas pembedahan dibuat. Jangan guna straw untuk minum kerana tekanannya boleh melepaskan gumpalan darah pada lubang pembedahan. Hindarkan makanan dan minuman panas dan bergas. Mulut pulak tak boleh nganga luas. Kalau mulut buka luas, akan bagi kesan kepada jahitan. Lagi satu, tak boleh kumur atau gosok gigi selepas 24 jam prosedur tu.

Setelah selesai doktor beritahu semua tu, saya diminta untuk menandatangani surat kebenaran pembedahan. Selepas itu saya diminta untuk baring dan proses pembedahan dimulakan dengan bius setempat. Memang bengkak la muka lepas tu. haha. Tunggu dalam beberapa minit rasa kesan kebas.
Bila dah bius, memang tak rasa apa2 pun semasa gigi bongsu dikeluarkan. Isi ditepi gigi bongsu dibelah sedikit supaya mudah proses potong gigi tu. Yang ni pun tak rasa apa2. Saya banyak pejam mata je. Takut punya pasal. hehehe.

Sayan hanya nampak doktor ada masukkan penyepit, mesin gerudi untuk memecahkan gigi. Mesin gerudi itu bunyinya lebih kurang seperti bunyi KTM Kawasaki Ninja yang sedang merempit laju di lebuh raya. hahaha. Bedengung telinga dibuatnya. Adoii..Semasa proses pembedahan ni memang tak sakit, cuma kena tahan sikit waktu doktor tarik gigi bongsu keluar ikut bahagian.

Selepas selesai proses buang gigi bongsu, kawasan yang dibedah perlu dijahit... Susah jugak nak keluarkan gigi bongsu saya ni. Pembedahan mengambil masa lebih kurang sejam. Selepas seminggu dari tarikh pembedahan, saya perlu ke klinik semula untuk membuka jahitan dan pemeriksaan lanjut.

Apa pun, terima kasih saya ucapkan kepada doktor gigi di Klinik Pergigian Pekan Kuala Kangsar atas servis yang baik. Jangan ragu-ragu untuk ke klinik pergigian kerajaan untuk dapatkan rawatan ye :)

Kalau anda sakit gigi, jangan tangguh untuk dapatkan rawatan di klinik pergigian. Cegah sebelum terlambat.


28 ulasan for "Pengalaman Gigi Bongsu Dibedah di Klinik Pergigian Kerajaan"

  1. akak orang kuale ye.. atau kerja di kuale.. cik en orang kuale.. hihi..mak cik en berniaga pisang goreng..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup orang kuale :) berniaga kat mane tu? boleh la cari mak cik en nanti. hehe

      Padam
  2. Ada orang risau nk buat rawatan di klinik kerajaan lagi2 bab nk cqbut gigi.. sanggup berhabis duit banyak ke kkinik swasta. Mungkin dulu orang beranggapan kemudahan x lebgkap, biar k3luar kos kebih asal hati x sakit tapi Mai dah buktikan..klinik kerajaan juga mampu buat seevis yg terbaik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu. Kalau ikutkan prosedur sama je di klinik kerajaan dan swasta. Cuma di klinik swasta mahal mungkin disebabkan kos ditanggung oleh pemiliknya sendiri. Kos yang murah di klinik kerajaan ditanggung oleh pihak kerajaan. Jadi kita manfaatkan klinik kerajaan. Layanan doktor dan staf pun bagus. Tak perlu takut untuk ke klinik kerajaan.

      Padam
  3. bila bab gigi, tetap rasa seram sejuk... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..sama la.seram sejuk. tapi gigi juga perlu diberi perhatian sebabnya setiap hari kita gunakan gigi untuk makan. Nak gigi tahan lama, memang kena jaga kan :)

      Padam
  4. Takotttttt.... Gigi Bongsu saya dah mula nak tumbuh... Dapat rasa kehadiran nya... Haihh seram

    BalasPadam
    Balasan
    1. mula2 tu memang akan rasa sakit :) tapi dah lama2 tu takde dah. tapi kalau gigi bongsu tu ada masalah seperti tumbuh senget atau melintang mcm sy ni, memang perlu dibuang

      Padam
  5. alamak seramnya.. gigi CT tengah tunggu turn nak keluar ni !!!

    BalasPadam
  6. takutnya baca psl gigi bongsu nii.. =(

    BalasPadam
  7. Sy bru buat 2hri lepas..muka msih bengkak lg..mkn pun bubur lg..koteow sup sejuk..hoh..menu suma xsedap,tp nk cpt lega..kna jga jgk la..lpas mkn kumur2 skit..painkiller pun mkn sebijik ja..xda la sakit sgt meskipun gigi sy susah nk kluarkn..sejam lbih jgk bru berjaya..3 jahitan..sblm abis bius tu mkn cpt2 painkiller pastu tampal kolfever,tidooo..denyut sakit tuh akan kurang nnti..

    BalasPadam
  8. Esok saya ada appointment cabut gigi bongsu di Klinik Kerajaan. Lega bila baca post ni. Tq

    BalasPadam
  9. Masa mula2 tu makan mcm biasa ke ? Since tak boleh guna straw kan takut pendarahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. mula2 tu makan makanan lembut. kunyah pelan2. yup tak boleh guna straw.

      Padam
  10. Salam. Berapa kos pembedahan klu di klinik kerajaan? Sebab sy bulan 6 nih kena buat pembedahan kcil untuk kuarkan gigi bongsu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. masa tu RM50 sahaja untuk 1 gigi bongsu. tapi sekarang ni saya tak pasti berapa

      Padam
  11. Tanpa Nama06 Julai, 2017

    klo mengandung blh gak ke cabut gigi bongsu ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena tanya doktor dulu. kalau doktor benarkan baru boleh cabut

      Padam
  12. Tanpa Nama06 Julai, 2017

    saya tengah mengandung 5 bulan tapi gigi bongsu naik melintang..masuk sisa makanan trus sakit

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau mengandung kena tanya doktor dulu. sebab 5 bulan dah kan.

      Padam
  13. dah habis bius sakit tak? mesti sakit kan? IQ dulu cabut gigi lupa nak makan ubat sebelum ubat bius habis, mula la meraung..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. terasa jugak sakitnya hehe tapi tak lama pun..nangis jugak la hihi

      Padam
  14. Eh, saya ada seketul ni dah mula sakit. Alamak....hehe

    Kepada kawan2 yg belum join giveaway COKLAT by Sii Nurul, boleh la ke link berikut:
    https://ciknurul23.blogspot.my/2017/07/chocolate-fan-giveaways-by-sii-nurul.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ada dan rasa sakit tu cepat2 ke klinik ;)

      Padam
  15. Dari kecik mmg penakut nak jumpa doktor gigi...aduhai sampailah sekarang ni...kalau time sek tu kan ada van gigi dtg kan...mak oii rasa nak lari sembunyi dlm toilet..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. uiii masa sekolah jangan cakap. van gigi tu datang, resah gelisah terus hahaha. dah lah berminggu, tak fokus belajar sebab takut punye pasal hihihi

      Padam
  16. Euw.. Mesti sakit kan?
    Huhu.. Akak seriau btul nk ke klinik gigi. Ngilu pun ada. Tp good one sarah, mmg patut jumpa doktor gigi kalU dh camtu keadaannya

    Jom Ketahui Punca Hb Rendah Semasa Mengandung

    BalasPadam
    Balasan
    1. sakit tu rasa lepas ubat bius dah habis. Mai pun takut jugak tapi sebab gigi bongsu ni terpaksa la pergi juga heee

      Padam