Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tinggal Solat Kerana Kerja?

Tinggal Solat Kerana Kerja?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semoga sihat selalu :)

Antara solat dan kerjaya...Kedua-duanya sama penting dalam kehidupan. Solat fardhu ditunaikan kerana Allah dan menjadi bekalan utama untuk ke akhirat nanti. Kerja juga penting, sebagai cara untuk meneruskan kelangsungan hidup di atas muka bumi ini. 


Pernah tinggal solat kerana kerja, belajar atau lain-lain lagi? Solat yang hanya mengambil waktu dalam 5 minit pun kita nak tinggalkan? Solat adalah perkara pertama yang akan dihisab di akhirat nanti. Jadi wajarkah kita sehingga meninggalkan solat kerana perkara dunia? 

Solat memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Solat mendekatkan diri kita dengan Allah. Seperti kita berbicara dengan Allah. Solat membuatkan kita tenang. Terdapat pelbagai kelebihan yang ada pada solat. Sayang jika kita sengaja tinggalkannya.

Kepada Allah kita memohon doa dan Allah makbulkan doa kita. Memang tidak patut kita tinggalkan solat hanya kerana perkara dunia. Pelbagai nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Malu pada Allah, kita sibuk cari rezeki sehingga lalai perintahNya sedangkan Allah yang memberi rezeki.

Jadi, solat dan bersyukurlah kepada Allah sebagai tanda kita menghargai nikmat pemberianNya. Mulai saat ini, jom kita sama-sama berazam supaya takkan tinggal lagi solat fardhu.


3 ulasan for "Tinggal Solat Kerana Kerja?"

  1. Hi kak.. zaman sekarang memang macam tu.
    Konon normal
    btw saya tag awak http://mija-blur.blogspot.my/2016/03/segmen-top-blogger-2016-by-nurzulfa.html

    BalasPadam
  2. subhanallah, menjadi renungan bagi saya.

    BalasPadam
  3. tq Mai atas peringatan ni.. :)

    BalasPadam