Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

AWAS Pencuri pada Bulan Ramadhan

Pencuri di Bulan Ramadhan 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah hari ini telah masuk hari ketiga kita menjalani ibadah puasa. Jom kita sama-sama gandakan ibadah dan amalan kebaikan pada bulan ini. 

pencuri bulan ramadhan

Emm.. Pencuri pada bulan Ramadhan? Siapa pencuri itu? Pencuri itu mencuri masa dan pahala kita pada bulan Ramadhan ini. Jom kenali beberapa pencuri bulan Ramadhan . . .

Perkara yang Mencuri Masa dan Pahala


televisyen, tv

Elakkan melihat iklan, menonton drama atau filem yang mendedahkan aurat dan tidak bermanfaat kepada diri. Bulan Ramadhan ini banyak slot keagamaan yang disiarkan di kaca televisyen. Adalah lebih baik kita tonton yang sebegini kalau nak tonton tv juga.

pasar, souq

Sebelum ke pasar, eloklah membuat senarai ringkas tentang barangan yang ingin dibeli dan tuliskan juga anggaran harga supaya kita dapat elakkan pembaziran. Buat senarai ni dapat membantu kita untuk berjimat dari segi wang dan masa.

berjaga malam

Sebaiknya tidur awal supaya kita ada kesempatan waktu untuk solat tahajud, ibadah sunat yang lain dan supaya tidak terlepas waktu sahur akibat tidur lewat. Elakkan daripada berjaga malam hanya untuk perkara sia-sia seperti chatting, main game di komputer dan lain-lain lagi. Kalau nak selesaikan assignment yang perlu dihantar cepat, yang ni lainlah...

dapur, kitchen

Terlalu banyak masa dihabiskan di dapur untuk menyediakan pelbagai jenis masakan, tetapi akhirnya banyak pembaziran berlaku. 

handphone

Tak salah pun guna handphone, tapi gunakan untuk tujuan kebaikan sahaja. Bukan digunakan untuk menyebarkan perkara yang tidak benar, mengumpat dan lain-lain. Bukan juga digunakan untuk mensia-siakan waktu pada bulan Ramadhan ini dengan chatting sembang kosong.


bakhil, kedekut

Bakhil atau kedekut tak mendatangkan sebarang faedah kepada kita. Lebih baik banyakkan sedekah. Sedekah yang paling baik adalah pada bulan Ramadhan. Ganjaran yang besar menanti di akhirat kelak.

Orang kita kata nak senang kena banyak simpan duit
Tapi Islam kata nak senang kena banyak keluarkan duit
- Lirik Kalah dalam Menang, OST Munafik

majlis

Sebaik-baiknya hindari majlis yang melalaikan diri.

menyesal

Amat rugi jika kita biarkan Ramadhan berlalu pergi begitu sahaja tanpa pengisian yang bermanfaat. Jadi, masih sempat untuk kita pulun lakukan ibadah dan pelbagai amalan kebaikan pada bulan Ramadhan ini agar dapat menjadi amalan kebiasaan untuk dibawa pada bulan selain Ramadhan.

Semoga bulan Ramadhan kali ini adalah yang terbaik bagi kita. InsyaAllah.

Sumber grafik: quranicgen.com



1 ulasan for "AWAS Pencuri pada Bulan Ramadhan "

  1. Nice sharing sis ! Alhamdulillah 3 hari ramadhan ni tak jejak lagi bazaar hehe

    BalasPadam