Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Puasa Tetapi Tidak Tunaikan Solat

Puasa Tapi Tak Tunaikan Solat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca semua. Hari ini kita sudah pun memasuki hari ke 10 Ramadhan 1437H. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk menulis dan anda masih diberi kesempatan untuk membaca tulisan ini. Emm..puasa tapi tak solat. Bolehkah begitu?

puasa, solat

Solat dan berpuasa pada bulan Ramadhan terkandung dalam Rukun Islam yang wajib umat Islam taati. Bagaimana pula jika hanya berpuasa tapi tidak tunaikan solat? Adakah puasa orang yang tidak menunaikan solat diterima? Jom dengarkan kata-kata Ustaz Azhar Idrus tentang persoalan ini.


Adakah diterima puasa orang yang tidak solat? Amalan jadi tergantung kerana solat adalah asas ibadah. Solat itu tiang agama. Dah namanya tiang. Mana boleh ditinggalkan begitu saja. Rapuh tiang, runtuhlah rumah. Begitu juga dengan ibadah. Jadi, jangan sia-siakan ibadah kita pada bulan Ramadhan ini. 

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan ini dengan penuh penghayatan, bukan hanya sekadar mendapat lapar dan dahaga. InsyaAllah.



5 ulasan for "Puasa Tetapi Tidak Tunaikan Solat"

  1. setuju....solat paling utama

    BalasPadam
  2. Betul tu. Sesetengah tu puasa sebab konon nk hormat bulan ramadhan tapi solat taknak, haih

    BalasPadam
  3. Nice sharing sis. http://diarimommymuhaimin.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Deep.
    Thanks utk peringatan ni kak

    BalasPadam