Selamat Datang Ramadhan yang Dinanti
Ramadhan, bulan yang dinanti
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua.
Alhamdulillah kita masih lagi dapat menghirup udara segar yang percuma milik Allah ini. InsyaAllah, beberapa hari sahaja lagi kita akan mula berpuasa selama sebulan. Ramadhan bulan penuh keberkatan, semakin menghampiri.
Gembira rasa hati ini menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Bagaikan menanti seseorang yang dirindui pulang dari perantauan ;) Mana tidaknya, pada bulan Ramadhan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Allah kurniakan lagi malam Al-Qadr yang diumpakan seperti seribu bulan. Allah.. betapa beruntungnya kita umat Islam.
Ramadhan bulan ibadah, bulan kesabaran, bulan kerahmatan dan keberkatan. InsyaAllah, setiap amalan kebaikan yang dilakukan akan digandakan pahala oleh Allah. Jangan asyik fikir, "alaaaa..bulan Ramadhan tak dapat makan waktu siang, mesti penat nanti". Jangan sempitkan pemikiran kita. Padahal bulan selain bulan Ramadhan kalau tak makan ok je pulak. Betul tak? ehehe.
Nak didik jiwa dan nafsu kena selalu berpuasa. Jadi bulan Ramadhan ini adalah madrasah atau sekolah yang terbaik bagi umat Islam bagi mendidik jiwa dan nafsu. Jadikan bulan Ramadhan ini sebagai cabaran buat diri sendiri. Cabar diri supaya jadi baik. Baik dari segala aspek.
Semoga kita sempat bertemu Ramadhan kali ini dan dapat manfaatkan sepenuhnya bulan Ramadhan. InsyaAllah. Ramadhan karim!
InsyaĆllah sis... ♥
BalasPadamselamat menyambut ramadhan..
Selamat menyambut Ramadhan ^^ anyway, Jemputlah join segmen terbaru Nisha ya ^^ http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2016/06/segmen-bloglist-bulan-jun-julai-by-hbj.html
BalasPadamRamadhan Kareem :)
BalasPadam