Disuntik Hanya Kerana Lenguh Tangan
Lenguh siku, bahu dan leher
Pagi hari ni, saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lenguh tangan kanan. Selalunya kalau lenguh, sapu ubat yang sejuk tu untuk legakan lenguh. Tak lama lepas tu lenguh pun hilang. Tapi kali ni lenguhnya lain macam. Dah sebulan lebih rasa lenguh pada tangan kanan terutamanya bahagian siku.Kredit gambar: id.wikihow.com |
Kadang-kadang sampai rasa sakit sangat pada siku. Nak buat kerja pun terganggu. Stress dibuatnya dengan lenguh ni. Saya cuba untuk kurangkan sakit dengan sedikit senaman regangan macam ni
Kredit gambar: id.wikihow.com |
Lega sekejap selepas buat senaman ringkas ni. Tapi beberapa lama lepas tu rasa sakit datang semula.
Semalam rasa sakit tu dah menjalar sehingga ke bahagian bahu kanan seterusnya ke belakang leher sebelah kanan. Sakit sangat rasanya sampai menangis. haha. Budak-budak betul. Mana tidaknya, nak gerakkan leher pun susah. Rasa tegang je leher.
Terus tanya adik yang pernah belajar dalam bidang fisioterapi, tentang apa yang perlu dibuat kalau sakit pada bahagian tangan, bahu dan leher. Adik beritahu ambil icepack dan letak pada tempat yang sakit. Saya pun letak ketul ais yang dibungkus menggunakan sapu tangan. Tapi sakitnya masih sama, tak berkurang. Malam semalam masuk tidur pun awal dengan harapan berkuranglah sakit tu. Tapi tak jadi juga.
Subuh je terus ambil keputusan untuk ke hospital. Risau juga dengan lenguh yang semakin menjadi-jadi ni. Setelah doktor bertanya tentang sakit yang saya hadapi, doktor tanya juga kerja saya. Saya beritahu bekerja sebagai graphic designer. Doktor tu kata lenguh ini berpunca daripada kerja saya juga. Mungkin salah posisi duduk atau cara ketika menggunakan komputer. Bila saya fikir semula memang betul pun. Saya diberikan satu suntikan dan 3 jenis ubat iaitu ubat tahan sakit, vitamin (ubat saraf/urat) dan ubat sapu yang sejuk, methyl salicylate untuk meredakan sakit yang dialami.
Doktor menyuruh saya untuk berehat dalam 2-3 hari daripada kerja menggunakan komputer supaya sakit yang dialami hilang. Nak guna komputer pun perlu dalam posisi badan yang betul.
Lenguh ni jangan diabaikan. Nampak ia adalah sakit yang ringan tapi kalau dah berada pada tahap kronik sampai perlu lakukan pembedahan tau. Jaga badan, jaga kesihatan, jaga makan, buang stress, insyaAllah sihat.
Dapat Ponstan 3x sehari Insyaallah boleh kurang sakit. Harap cepat sembuh.
BalasPadamterima kasih atas cadangan yang baik
Padam