Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Penat Mengejar Duit?

Penat Kejar Duit

Duit atau wang menjadi satu kemestian dalam kehidupan. Nak beli makanan, guna duit. Nak beli rumah, guna duit. Nak bayar bil, guna duit. Pendek kata semuanya guna duitlah. 

Orang kampung saya selalu cakap, money is everything but everything is not money. Betul kan? Contohnya, masa tidak dibeli dengan duit di mana-mana tempat. Kalau ia dah berlalu, berputih mata lah kita yang tak manfaatkan masa dengan sebaiknya. Pelik la kalau boleh masa di merata tempat kan ;)

Tetapi duit menjadi kepentingan dalam kehidupan seharian. Nak tak nak, kena cari juga. Kalau goyang kaki, dapat habuk je lah. Kerana nak cari duit, kita sanggup berpenat lelah sehingga penat. Ada juga yang terlalu mengejar duit sehingga mengabaikan keadaan di sekelilingnya. Ada yang siang malam mengejarnya tetapi masih tidak cukup. Mengapa ini terjadi?

mudahnya jemput rezeki
Kredit gambar
Pernah tak kita berfikir, kenapa kita bekerja? Adakah hanya kerana duit semata-mata? Kalau begitu, kena tetapkan niat kita bekerja kerana Allah. Seorang ustaz pernah berkata, jika kita bekerja dengan niat kerana Allah, insyaAllah Allah akan mencukupkan rezeki kita. Contohnya, walaupun gaji bulanan seseorang tu hanya RM900 tetapi sentiasa merasa cukup dengannya. Sehingga boleh berkongsi dengan orang lain lagi tu dan membeli pelbagai barangan keperluan lain. Senyuman pula sentiasa terukir di bibir.

KLIK > Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

Abah saya pernah cakap, kerja apa sekalipun memang takkan habis. Jangan terlalu leka mengejar duit sehingga lupa Allah. Kerana lupakan Allah, itu menjadi sebab kenapa seseorang sering merungut dan merasa tidak cukup dengan rezeki Allah.Yang penting jangan tinggal solat, sentisa bersyukur kepada-Nya dan ambil masa sedikit untuk tambah ilmu agama. Waktu bekerja, jangan buat perkara dilarang seperti rasuah, mengular, bersembang kosong dan lain-lain lagi. Tak guna kalau harta menggunung di dunia tapi sedikit amalan untuk dibawa ke akhirat.

Begitulah serba sedikit tentang apa yang saya baca daripada buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki' karangan Fathuri Salehuddin. Saya bukanlah golongan ustaz ustazah yang bijak tentang ilmu agama tapi sekadar seorang manusia yang telah diberi tugas oleh Allah untuk saling mengingatkan antara satu sama lain. Saya juga manusia yang mudah lupa. Semoga apa yang saya tulis ini menjadi peringatan kepada saya, saya, saya dan anda. InsyaAllah.

Kejarlah akhirat, pasti kekayaan dunia mengejarmu



3 ulasan for "Penat Mengejar Duit?"

  1. Betul.. Kerja apa pun tak akan pernah habis.. Duit asalkan cukup untuk keperluan, alhamdullilah sangat..

    BalasPadam
  2. dah baca buku tu..menarik juga =)

    BalasPadam