Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pengalaman Percutian Worldclass di Port Dickson

Pengalaman Percutian Worldclass di Port Dickson

Untuk post kali ni, saya nak ceritakan pengalaman bercuti bersama kawan‐kawan di Port Dickson.
Ramai orang ingat takde apa yang menarik disana. Tapi sebenarnya, banyak tempat‐tempat menarik yang boleh dilawati kalau anda rancang cantik-cantik percutian dari awal. Perkara pertama yang saya lakukan ialah mencari tempat untuk menginap di sana nanti. As I was browsing for senarai hotel di Port Dickson through the internet, saya jumpa the best deal of hotel Port Dickson di https://www.traveloka.com/en‐my/. Saya perasan kalau dibandingkan dengan flight and hotel booking site yang lain, Traveloka.com menawarkan kadar yang paling rendah dan harga yang korang tengok tu dah termasuk sekali dengan tax.

port dickson

Ok sekarang, berbalik kepada cerita tentang pengalaman saya bercuti. Saya dan kawan-kawan menginap di the fabulous water chalet Avillion Port Dickson. Bilik itu sangat mengujakan dan cantik! Chalet terapung, okay. Fefeeling macam bercuti di Bora‐Bora, haha!

water chalet Avillion Port, Dickson
Cantik kan? Menenangkan jiwa dan minda . . .
Tak payah cakap pasal tempat lain dulu, kat sini pun dah banyak aktiviti menarik untuk dibuat. Ada taman bunga orkid, taman herba, taman rama‐rama dan zoo mini. Part yang paling special ialah kebanyakan haiwan‐haiwan di zoo ni jinak dan boleh disentuh! Resort ni dilengkapi dengan kemudahan yang serba lengkap seperti tiga buah kolam mandi, water slide dan taman permainan untuk kanak‐kanak. Kami menghabiskan masa seharian untuk enjoy semua aktiviti yang boleh dibuat kat resort ni.

Keesokannya, kami ambil keputusan nak jelajah beberapa pantai kat sini. Destinasi pertama kami ialah Tanjung Tuan atau dikenali juga dengan nama Cape Rochado.

Tanjung Tuan
Tanjung Tuan a.k.a Cape Rochado
Disini, terdapat sebuah rumah api yang menghadap Selat Melaka. Menurut sejarah, rumah api ini dibina semasa zaman pemerintahan Portugese di Melaka dan tujuannya adalah untuk memberi panduan kepada kapal-kapal.

rumah api Tanjung Tuan
Rumah api di Tanjung Tuan
Sekarang, rumah api ini menjadi salah satu daripada tarikan pengunjung kerana pemandangan dari atas ni sangat mengagumkan. Tak rugi panjat tangga tingi-tinggi tau. Seterusnya, kami ke Kota Lukut. Di sini terdapat sebuah kota sejarah yang dibina oleh Raja Jumaat ibni Raja Jaafar pada tahun 1847 dan terletak di atas Bukit Gajah Mati.


Kota Lukut
Kota dan Muzium Lukut
Banyak barang‐barang sejarah yang boleh dilihat di sini seperti meriam dan pelbagai jenis senjata yang digunakan semasa peperangan pada masa pemerintahan raja terdahulu. Dari atas bukit ni, kami berpeluang menikmati satu lagi pemandangan yang cukup cantik. Rasa macam tak puas spend 2 jam kat situ.

Pada petangnya, kami ke Pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon Beach) yang terletak berhampiran dengan Cape Rochado untuk berkayak. 2 jam jugaklah kami main‐main kat sini.

Pantai Tanjung Biru
Pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon Beach)
Pantai ni best sebab banyak pokok, jadi takdelah panas sangat. Selain itu, pantai ini juga sangat menenangkan walaupun ramai orang. Suasana kat sini dah macam pantai dalam hutan sebab korang boleh dengar bunyi burung selain daripada bunyi ombak dan terdapat juga binatang lain seperti tupai dan monyet. Sambil berkayak, kami dapat satu lagi peluang untuk melihat pemandangan memukau matahari terbenam. That day was all about majestic sea views!

Hari berikutnya, selepas menikmati sarapan, kami melawat the Ostrich Farm. Bayaran yang dikenakan untuk masuk ke sini ialah RM8. Perkara yang saya rasa paling best di sini ialah pengalaman menunggang burung unta.

PD Ostrich Farm
Port Dickson Ostrich Farm

Yes, I rode an ostrich! Mana nak dapat buat perkara ni kat tempat lain kan? Selain tu, tarikan lain di tempat ini ialah Man’s BFF Cafe (first dog cafe in Malaysia), Dinosaurs in the Jungle dan PD Extreme Jungle Park.

dinosaurs in the jungle PD
Nampak tak denosor dalam semak tu?

Lepas pusing satu ladang ni, kami pun gerak balik ke KL. That should end our weekend retreat in PD. The highlight of our short trip was the accomodation, which was the most excellent hotel Port Dickson by far!

Of course, lepas ni kami plan nak pergi lagi sebab tak puas. Dan sebab banyak lagi tempat best yang kami tak sempat nak lawat. Next time, the luxurious Lexis Port Dickson hotel is definately going to be our place to stay. Thanks to Traveloka.com sebab merealisasikan percutian impian kami! Korang tunggu apa lagi? Rancang percutian anda sekarang juga ☺


7 ulasan for "Pengalaman Percutian Worldclass di Port Dickson"

  1. Menarik! Siqah teringin nak bercuti di sini dan masih tak dapat lagi. Insyallah one day. Seronok bercuti bersama kawan2 kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah..ada masa nanti boleh ke sana :)

      Padam
  2. PD dh banyak tempat menarik..lama x bercuti kat PD padahal Seremban ngan PD x jauh mana pun kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. iye betul tu..tak jauh mana pun PD dgn Seremban. hehe

      Padam
  3. Lama xp pd..ngat nak bawa anak bermalam d sna juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. best kat sana...lagi2 kalau bawak family

      Padam
  4. Wow! Macam best je.. Kena masuk dalam wishlist ni! :D

    BalasPadam