Resepi Kerepek Popia Nestum Coklat
Resepi Kerepek Popia Nestum Coklat
Popia nestum coklat adalah salah satu jenis kerepek yang saya suka buat ketika waktu lapang. Mudah sangat cara nak membuat popia nestum coklat ini. Buat sekali, dapat penuh sebalang. Sedap buat kudapan ketika buat kerja, menonton televisyen atau di mana sahaja.
Ok. Jom buat kerepek popia nestum coklat
Resepi Kerepek Popia Nestum Coklat Sedap
1 bungkus kulit popia
1 cawan Nestum (Dikisar halus)
1/2 cawan serbuk Milo/Vico
1/2 cawan gula kastor
Lidi satay atau chopstick (Untuk menggulung, kalau takda takpe)
2 sudu besar tepung gandum dicampur sedikit air (Sebagai pelekat)
Minyak masak (Untuk menggoreng)
Cara-cara membuatnya:
1. Gulung kulit popia dengan menggunakan lidi satay atau chopstick (supaya mudah gulung, kalau taknak guna pun takpe). Tinggalkan sedikit hujung kulit popia untuk dilekatkan dengan bancuhan tepung gandum. Boleh juga gunakan sebiji telur yang dipukul ringan sebagai pelekat. Buat sehingga habis.
* Semasa menggulung kulit popia, pastikan nampak lubangnya. Jika terlalu rapat, kena goreng lama supaya bahagian dalam gulungan kulit popia tu masak.
* Tutup bekas berisi kulit popia dengan kain lembab untuk mengekalkan kelembapan (supaya senang gulung dan dipotong)
2. Kulit popia yang telah siap digulung, dipotong serong menggunakan gunting. Klik sini > Cara Gulung dan Potong Kulit Popia Nestum untuk lihat cara menggulung dan memotong kulit popia tadi.
3. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing, kacau rata supaya tidak ada yang hangus. Angkat dan toskan.
4. Biarkan kulit popia yang telah siap digoreng sejuk seketika. Apabila sudah sejuk, tabur serbuk Milo/Vico dan gula kastor ke atas kulit popia. Gaul rata agar semua kulit popia disaluti bahan-bahan tersebut. Simpan dalam bekas kedap udara.
Siap!
Mudah kan cara nak membuatnya? Jangan lupa cuba resepi mudah ini. Selamat mencuba :)
salam singgah isnin kak. sedap popia nestum coklat nie kak. :)
BalasPadambetul..sedap kan..hehe
Padam