Beruntunglah Orang yang Sentiasa Beristighfar
Kelebihan Beristighfar
Beristighfar dalam pengertian adalah memohon ampun atas segala dosa yang dilakukan oleh seorang hamba dengan upaya tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Beruntung orang yang sentiasa beristighfar.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya dari sumber yang tidak disangka-sangka." Riwayat Abu Daud
Kita manusia tidak lari daripada pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan seharian. Allah menguji kita dengan pelbagai ujian daripada sekecil-kecil ujian sehinggalah yang besar. Tetapi ujian dan dugaan yang diberikan adalah ujian yang mampu ditanggung oleh hamba-Nya. Kunci utama adalah sabar.
Kerana pen kehabisan dakwat, keluar segala kata makian. Kerana tetikus yang kecil itu rosak sehingga menganggu urusan kerja, dilemparkan ia disebabkan geram yang teramat sangat. Di manakah sabar kita? Saya juga manusia yang tidak terlepas daripada ujian. Bukan hidup namanya kalau tiada ujian dan cabaran.
Yang penting sentiasa sabar dan beristighfar kerana Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar dan Allah memudahkan urusan orang mengamalkan istighfar di samping berusaha untuk keluar daripada masalah. InsyaAllah.
Jom sama-sama audit diri kita. Jangan lupa beristighfar.
Catat Ulasan for "Beruntunglah Orang yang Sentiasa Beristighfar"
Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)