Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Lagu Terangi Hidupku untuk Kempen #bersatuTENAGA

Lagu Terangi Hidupku untuk Kempen #bersatuTENAGA

Bermula dari satu suara dan semakin ramai rakyat Malaysia yang menyumbangkan sesuatu yang kreatif untuk kempen #bersatuTENAGA yang dilancarkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) sempena Hari Malaysia 2016 ini. Akhirnya, terciptalah sebuah lagu yang bertajuk Terangi Hidupku untuk kempen #bersatuTENAGA. 

bersatu tenaga

Kempen #bersatuTENAGA ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam kempen ini dengan menghantar video mudah mengikut lagu atau lirik yang TNB sediakan. Kempen #bersatuTENAGA ini dirancakkan lagi dengan penyertaan tiga orang artis terkenal tanah air iaitu Faizal Tahir, Jaclyn Victor and Elizabeth Tan.

Apa yang perlu dibuat ialah lengkapkan lagu yang dah ada bahagian chorus dengan lirik anda sendiri atau rakam aksi anda menyanyi, menari, bermain alat muzik, miming ala dubmash, apa sahaja aksi yang boleh merancakkan lagu ini atau video kreatif dan upload video berdurasi 1 minit di Instagram dengan hashtag #bersatuTENAGA serta tag @tenaga_nasional.

Penyertaan yang amat menggalakkan daripada rakyat Malaysia! Pelbagai video kreatif hasil daripada peserta boleh ditonton di Instagram dengan search #bersatuTenaga.

Eh, klip video saya pun ada terselit jugak la. hehe. 

bersatutenaga

Kalau nak tengok penuh klip video yang telah saya sumbangkan untuk kempen ini, boleh tonton di Youtube. Klik sini ye https://youtu.be/UXJRm6QV7tU

Jom sama-sama saksikan Faizal Tahir, Elizabeth Tan dan Jaclyn Victor bersatu tenaga dengan rakyat Malaysia menyanyikan sebuah lagu yang menyalurkan tenaga positif.

Lirik dan Lagu Terangi Hidupku - #bersatuTENAGA



Terangi Hidupku

Memandang jauh menyusur cahya
Terpikat ku memandang indah semua
Terasa hati mula gembira
Membuatku melangkah terus saja

Ku kejar mimpi
Dan percaya sepenuh hati
Takkan sempurna hidupku tanpamu

Senyumanmu
Buat aku
Merasa Bah’gia
Senyumanmu
Buat aku
Ceria sentiasa
Senyumanmu
Buat aku
Bertenaga s’lalu
Takkan terpisah kau dan aku

Oh~oh~oh~
Kau terangi hidupku

Oh~oh~oh~
Kau terangi hidupku

Kau bagai matahari di jiwa
Menyinari hidup bagai permata
Bersyukur aku atas s’galanya
Kau tetap di hati setiap masa

Kau terangi hidupku


Catat Ulasan for "Lagu Terangi Hidupku untuk Kempen #bersatuTENAGA"