Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Menderita Kerana Cakaran Kucing

Menderita Kerana Cakaran Kucing

Kerana cakaran kucing... Dah sebulan lebih luka sebesar syiling 50 sen lama di lengan kiri saya masih belum sembuh. Mulanya luka kecil ni hanyalah kantung air yang kecil pada kulit. Kemudian bertukar menjadi nanah. Kawasan di tepi nanah menjadi gatal. Saya pun garu la tapi tak kuat. Guna kain je.

cuci luka, dressing
Bahagian lengan yang ada luka sebesar syiling 50 sen dibalut 
Beberapa hari kemudian, nanah tersebut pecah dan menjadi luka. Saya hanya sapu jel gamat je pada luka tu. Semakin lama semakin membesar lukanya. Saya tunjuk pada abah, abah beritahu itu adalah bisul. Saya pun sapu bawang putih je la. Tapi lukanya tetap tak menunjukkan kesan untuk baik. Malah luka itu semakin membesar.

Saya pun ke hospital untuk mendapatkan rawatan untuk mengetahui punca sakit ini. Yang pertama saya ke sebuah klinik swasta. Doktor ni ambil masa lebih kurang seminit je semasa merawat saya. Belum sempat saya bertanya, terus diminta keluar untuk ambil ubat. Saya diberikan ubat sapu, antibiotik dan tahan sakit.

Luka masih belum baik dan lebam kecil mula muncul serta rasa gatal di tepi luka. Nak garu takut lagi melarat. Maka menari-nari la saya utnuk hilangkan rasa gatal tu. haha. Kemudian, saya pergi ke hospital kerajaan pula. Mungkin doktor yang merawat saya pada masa tu masih kurang pengalaman. Periksa pun ala kadar je. Saya diberikan ubat sapu, ubat gatal dan tahan sakit. Setelah 2 minggu, luka masih belum pulih.

Saya ambil keputusan untuk ke KPJ Taiping. Di sana luka saya dicuci kerana nanah sudah menebal dan diberikan ubat. Sakitnya cuci luka (dressing) :(  Saya perlu datang setiap hari ke hospital setiap hari untuk proses tersebut. Tetapi saya minta untuk cuci luka di Hospital Kuala Kangsar sebab dekat untuk berulang-alik dari rumah.

Lebam yang ada mula membukit dan melarat sehingga ke lengan atas. Nak luruskan tangan pun tak boleh. Selepas seminggu cuci luka di Hospital Kuala Kangsar, ubat habis pula. Jadi, saya perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat. Kali ini, doktor yang memeriksa saya agak teliti tentang sakit yang dialami. Setelah diperiksa dan melihat luka, doktor beritahu bahawa saya terkena cakaran kucing. Wah, sampai macam tu sekali bila kucing cakar?... Saya dirujuk ke pakar Klinik Dermatologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mendapatkan rawatan selanjutnya dan penelitian yang sepatutnya daripada doktor, untuk memastikan sama ada luka itu benar-benar kerana cakaran kucing atau bukan. Lusa (Rabu, 28 September 2016) saya akan ke sana.

Sekarang ni nak buat kerja apa pun pelan2 je. Kadang-kadang rasa nak tidur je sebab tak nak rasa gatal tu :( Saya berharap sangat agar sakit kulit yang saya alami segera sembuh sepenuhnya dengan izin Allah.

Walaupun doktor kata luka saya berpunca kerana cakaran kucing, tapi saya tetap nak bela kucing. Tak terfikir langsung nak buang kucing-kucing yang ada di rumah kerana mereka sudah menjadi sebahagian daripada ahli keluarga saya :)

* Maaf, gambar luka dan bengkak lebam tidak dilampirkan bersama atas sebab tertentu.


7 ulasan for "Menderita Kerana Cakaran Kucing"

  1. ya Allah lepas satu-satu habis klinik sampai ke hospital.. semoga cepat sembuh ya amin... cakaran kucing atau kucing gigit bahaya jugak boleh bawak kuman...

    BalasPadam
  2. owh bahaya juga ya..akak baru seminggu lebih bela kucing..husband dan anak2 dah banyak kali kena cakar..tapi luka biasa jer..semoga mai cpt sembuh..Aamiiin

    BalasPadam
  3. kesiannya kak mai. cepat sembuh ya kak mai

    BalasPadam
  4. Cakaran kucing memang ada bisa.
    Semoga beransur pulih.

    BalasPadam
  5. Semoga cepat sembuh awak. Nanti boleh cari petua nak sembuhkan luka tu ya

    BalasPadam
  6. semoga sis cepat sembuh,,saya pun pernah kena cakaran kucing, memang meninggalkan kesan selain luka akan gatal,tapi melarat la cuma kesan parut tu masih ada. dah setahun kot,,huhu,,apapun bersabar ya sis. Salam kenal dr saya.

    BalasPadam