Doa Mengubati Anggota Tubuh yang Sakit
Doa Mengubati Anggota Tubuh yang Sakit
Apa yang anda lakukan apabila ditimpa penyakit? Emmm.. Kalau sakit, perkara pertama sekali ialah ingat Allah. Allah yang memberi dugaan kepada kita dan Allah jugalah yang menghilangkannya. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Seterusnya, melakukan pelbagai ikhtiar untuk sembuh daripada sakit. Pergi ke hospital, ikut saranan doktor dan juga berdoa kepada Allah.
Jom amalkan doa mengubati anggota tubuh yang sakit. Perkongsian daripada Ustaz Sharhan Shafie. Semoga Allah memberi kesembuhan kepada kita insyaAllah.
Sakit satu anggota badan, maka sakitlah seluruh badan itu. Betul kan? Setiap anggota badan saling membantu untuk memberi tubuh kesihatan yang sepatutnya. Kalau sakit gigi contohnya, memang mengganggu mood kita. Nak buat kerja pun terbantut. Asyik rasa nak marah je.
Jadi, jom berikhtiar untuk sembuhkan penyakit selagi boleh. Allah suka orang yang berusaha dan tidak suka dengan orang yang berputus asa.
Catat Ulasan for "Doa Mengubati Anggota Tubuh yang Sakit"
Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)