Sakit Itu Penghapus Dosa
Sakit Itu Penghapus Dosa
Sakit adalah salah satu ujian dan dugaan daripada Allah. Sakit menghapus dosa kita.
Sakit membuatkan kita mengimbas semula apa yang telah dilakukan. Mungkin terdapat kesilapan dan kesalahan dalam perbuatan kita. Jadi disebabkan itulah Allah memberi pengajaran dalam bentuk sakit.
Sakit juga mengingatkan kita tentang kematian. Membuatkan kita berfikir tentang amalan kebaikan yang kita dah lakukan sepanjang hidup ini. Atau jika sebelum ini kita sering melanggar suruhan Allah, masa inilah kita perlu berubah kepada yang lebih baik. Kematian tak menunggu kita. Tapi ajal maut adalah kerja Allah. Selagi kita masih dapat menghirup udara di bumi ini, selagi itulah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk pulih daripada penyakit yang dialami. Bila sihat, macam-macam boleh buat. Dapat solat dengan sempurna, dapat buat kerja dan bahagiakan diri sendiri dan orang di sekeliling kita.
Allah beri sakit bukanlah kerana tidak sayangkan hamba-Nya. Kerana sayang, Allah nak lihat sejauh mana kita bersabar sejauh mana kita bersabar dan bersangka baik dengan-Nya. Apabila kita sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat untuk mengambil selera makan, mengambil rezeki, mengambil kecantikan wajah dan mengambil dosa. Apabila sampai waktu yang Allah tetapkan untuk hamba-Nya kembali sihat, Allah akan menyuruh malaikat tersebut memberi semula apa yang telah diambil oleh mereka. Tetapi Allah tidak menyuruh malaikat memberi semula dosa kepada kita. Lihatlah, betapa sayangnya Allah kepada hamba-Nya.
Ada sesetengah orang, bila dapat tahu menghidap sesuatu penyakit dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk pulih kembali. Ada juga orang yang berfikiran negatif bila dapat tahu ada penyakit yang datang. Jauhkan berfikiran negatif kerana ia akan membuatkan sesorang bertambah sakit dan berputus asa.
Apabila ada saudara kita sakit, ziarahilah dia dan beri kata-kata semangat dan berdoa untuknya agar cepat sembuh.
Tak rugi pun ziarah orang sakit, dapat pahala lagi tu. Sayangkan Allah kepada hamba-Nya? Asyik bagi pahala je kan :)
Semoga sesiapa sahaja yang sedang dalam kesakitan, diberi kesembuhan dengan segera oleh Allah. insyaAllah.
Insha Allah sis.. =) semoga Allah memberi kesembuhan kepada pesakit..
BalasPadamPeringatan yang baik :D
BalasPadamhttp://mellyacrayola.blogspot.com/
Betul2..setuju sgt
BalasPadambetul sekali
BalasPadam