Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Beli-belah Produk Kecantikan Secara Online dengan Diskaun Hebat

Cara dapatkan diskaun ketika beli produk kecantikan secara online 

Produk kecantikan amat sinonim dengan kaum wanita. Kini terdapat pelbagai jenama barangan kecantikan yang ada di pasaran dan harga mengikut kemampuan pembeli. Bagi saya, jika membeli barangan kecantikan seperti produk kosmetik, produk penjagaan kulit, krim mandian, syampu dan sebagainya biarlah beli yang berkualiti dan original, sepadan dengan harga. Kalau dapat yang berkualti pada harga rendah, itu lagi bagus.
produk kecantikan
Kredit imej: www.popupmag.it
Agak-agak ada tak barangan kecantikan yang berkualiti dan original dengan harga yang rendah? Nak cantik mestilah kena berkorban sikit duit tu kan :) Tak perlu pening-pening, nak mudah anda cari saja secara online di laman web yang menyediakan pelbagai jenama produk kecantikan. Memang mudah sebab anda hanya perlu pilih produk, bayar dan tunggu barang sampai di rumah.

Salah satu laman web yang menyediakan pelbagai jenama produk kecantikan ialah Sephora. Kalau anda dah masuk laman web ini, rambang mata dibuatnya.

Sephora

Banyak produk yang boleh anda pilih. Dah jumpa produk yang berkenan di hati? Ok, anda boleh buat bayaran terus. Opps, tunggu dulu. Sebenarnya tidak semestinya akan membuat bayaran dengan harga penuh bagi sesuatu barangan. Bayar kurang apabila anda membeli-belah barangan kecantikan. Boleh ke macam tu? Memang boleh dengan menggunakan kod promo Sephora yang menawarkan diskaun dan pelbagai tawaran menarik yang takkan anda lepaskan. Jadi, dalam masa yang anda boleh berjimat dari segi wang dan masa.

Selain Sephora, laman web seperti Althea yang menyediakan berbagai-bagai jenis produk kecantikan , juga anda boleh lawati untuk membeli barangan kecantikan seperti yang anda inginkan. Dan pastinya ada diskaun dan tawaran menarik menanti anda.

Althea

Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang bagaimana untuk nak dapatkan diskaun hebat dan juga tawaran menarik untuk membeli-belah barangan kecantikan secara online.

Selalu Nampak kotak ‘Promo Code’ semasa checkout? Rugi kalau biarkan kosong begitu saja.

promo code

Kotak inilah yang kita perlu masukkan kod promo untuk menikmati potongan harga. Bagaimana untuk dapatkan kod promo ini? Saya cadangkan anda pergi ke laman web Paylesser untuk anda dapatkan pelbagai kod diskaun dan tawaran menarik.

Apa itu Paylesser?

Paylesser adalah sebuah laman web yang membantu untuk menjimatkan wang semasa membeli-belah untuk produk yang berbeza. Mereka menawarkan koleksi baucar yang anda boleh tebus dan mendapat diskaun tambahan apabila membeli-belah di laman web yang berbeza.

Paylesser

Apa yang anda perlu lakukan adalah mendaftar dengan Paylesser dan Paylesser akan membawa tawaran terkini dan terbaik dari kedai eksklusif untuk anda. Kalau nak berjimat, jangan lupa gunakan kupon atau pelbagai diskaun yang disediakan di Paylesser.

Bagaimana cara nak gunakan kod promo di Paylesser?

Mudah saja, pergi ke laman web Paylesser dan pilih tawaran yang disediakan mengikut apa yang anda inginkan. Sebagai contoh, jika anda ingin membeli barangnan di Lazada, klik saja butang ‘Get Coupon’ untuk mendapatkan kod promo.
kupon di Paylesser
Akan muncul kod seperti gambar di bawah ni. Copy kod seperti yang tertera.

kupon di Paylesser

Kemudian paste kod promo tadi di sini 
cara masukkan kod promo

Anda boleh teruskan membuat pembayaran selepas masukkan kod promo tersebut dengan harga yang pasti membuatkan anda tersenyum lebar :)


Bagaimana pula dengan butang yang tertera perkataan ‘Get Offer’?

kupon di Paylesser

Klik saja butang itu dan akan terus ke laman web tersebut. Membeli-belah seperti biasa dan mereka akan uruskan yang selebihnya sehingga pembayaran dibuat.

kupon di Paylesser

Wow, mudahnya guna kod promo dan tawaran dari Paylesser! Anda yang rajin membeli-belah secara online amat digalakkan untuk menggunakan kod promo yang ditawarkan di Paylesser. Jadi, tunggu apa lagi? Jom ke Paylesser untuk menikmati diskaun hebat dan tawaran menarik yang berbaloi-baloi.


4 ulasan for "Beli-belah Produk Kecantikan Secara Online dengan Diskaun Hebat"