Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Bulan November Bulan Naik

Kenaikan Harga Minyak Masak dan Petrol

Pejam celik, tahun 2016 hampir tiba ke penghujungnya. Cepatnya masa berlalu. Dah masuk bulan November pun. Bulan November juga kita dikejutkan dengan berita kenaikan harga petrol dan minyak masak. Sampai orang pun naik minyak.

minyak masak naik, petrol

Bukan hendak merungut, jauh sekali tidak bersyukur. Tetapi melihat kepada pendapatan isi rumah rakyat Malaysia yang banyak berada di tahap sederhana membuatkan ramai yang merasa terbeban dengan kenaikan ini akibat penstrukturan semula subsidi minyak masak. Harga minyak masak yang naik serentak dengan harga petrol, amat memberikan kesan terhadap pengguna.

Semalam tengok berita di TV dan ada seorang yang berpangkat dalam bidang politik ni bercakap soal kenaikan harga minyak masak. Boleh pula dibuat kira-kira yang tidak masuk akal tentang penggunaan minyak masak. Berangin jugak la rasa. Mungkin yang berpendapatan tinggi tidak berapa rasa kenaikan minyak masak dan petrol dalam satu masa. Tapi bagaimana dengan rakyat yang berpendapatan sederhana? Penduduk kampung yang hanya menyara kehidupan dengan menoreh getah?

Harga minyak paket dikekalkan. Tapi minyak paket ni tak bagus untuk kesihatan. Minyak kitar semula. Kalau kanak-kanak kerap makan makanan yang digoreng menggunakan minyak tu, bagaimana agaknya dengan kesihatan mereka pada masa akan datang..hmmm.

Menurut seorang menteri, harga pasaran minyak masak di negara Malaysia adalah rendah jika dibandingkan dengan negara-negara jiran. Bagi saya tak perlu buat perbandingan begini. Kerana setiap negara berbeza nilai matawang dan keadaan ekonominya. Apa yang perlu dibuat ialah, perbelanjaan negara Malaysia betul-betul mengikut seperi kira-kira yang telah dibuat tanpa ada pembaziran yang tidak munasabah.

Apa pun, semoga rakyat Malaysia bertabah dengan keadaan ini. Berjimat cermat ketika membeli. Jangan lupa menabung untuk masa depan walaupun hanya RM1 setiap hari.


10 ulasan for "Bulan November Bulan Naik"

  1. Assalamualaikum Maisarah,

    Kecewa sbb mula2 kata hanya khabar angin tp tetiba jd official.. So 'org berpangkat' skrg menipu rakyat. Umpama baling batu sembunyi tangan.. Kesian rakyat jelata.. :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam.. tu la. terasa bebannya :( semoga Allah melimpahkan rezeki yang baik kepada kita semua

      Padam
  2. akak tengok iklan berita saja... dah malas nak tgk berita.... mcm masuk telingan kanan keluar telinga kiri byk yg tak betul cakap.... tang kira2 pandai lak depa duk mengira bagai....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la akak..kita rakyat biasa ni yg terpaksa menanggung bebanan tu

      Padam
  3. Betul tu...dah la .November rain kan..semua naik..terkejut gak tgok minyak masak botol kecik tu dari RM3.60 naik ke RM4.70

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhu..siapa la yang dengar luahan hati rakyat kan. sedih

      Padam
  4. november yang pernuh emosi..minyak naik..comfirm harga makanann pun naik

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul..serentak pula dengan kenaikan harga petrol. memang rasa terbeban

      Padam
  5. xpe hujan je yg turun dekat Malaysia ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe..harap2 emas pun turun la kat Malaysia ni

      Padam